Translate

26 September 2024

Buruh mengaku tidak bersalah cedera isteri guna seterika



Buruh mengaku tidak bersalah cedera isteri guna seterika

Bernama

26/09/2024



Mohd Nurhakiman (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan mencederakan isteri menggunakan seterika tiga hari lepas. -Bernama

KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya menggunakan seterika pada Isnin lepas.

Mohd Nurhakiman Mohd Nasir, 35, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan isterinya menggunakan seterika.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, dengan kemungkinan hukuman penjara dua kali ganda.

Hakim Zulkifli Abdullah menetapkan 29 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Mohd Nurhakiman Mohd Nasir, 35, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Rambutan Rendang di sini pada 7.30 pagi, 23 Sept lepas.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda daripada tempoh itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kamarul Hasyime tidak menawarkan jaminan memandangkan tertuduh masih suami isteri dan tinggal bersama dalam satu rumah.

Hakim Zulkifli Abllah menetapkan 29 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 15 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 1 hr ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 4 hrs 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tiada keterangan saksi ibu bapa abai Zayn Rayyan -' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecual' 4 hrs 9 mins ago