Translate
30 September 2024
Op Global: Kronologi kes GISB setakat 29 Sept
Op Global: Kronologi kes GISB setakat 29 Sept
Bernama
30/09/2024
Seorang mudir yang dikaitkan dengan GISB disambung reman selama tiga hari bermula hari ini (30 Sept). Permohonan reman dibuat di hadapan Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret Machang, 29 Sept 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Op Global yang dilaksanakan bagi membanteras kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama yang dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) kini memasuki fasa empat.
Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September, lebih 300 orang termasuk pengurusan tertinggi GISB ditahan, 572 mangsa diselamatkan serta lapan individu telah dituduh di mahkamah atas 33 pertuduhan.
Berikut adalah kronologi kes yang dikemas kini dari 28-29 Sept 2024:
28 Sept
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan media hari ini berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan dibuat melalui akaun Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS), mengenai kewujudan pusat kuarantin GISB di beberapa lokasi dalam dan luar negara.
Beliau berkata pusat kuarantin itu dipercayai digunakan untuk aktiviti indoktrinasi serta penderaan mental terhadap ahli GISB yang bermasalah.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI), hanya akan mengeluarkan pandangan hukum mengenai GISB dan bukan fatwa.
Beliau berkata fatwa berkaitan GISB akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing.
Selain itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata sebahagian kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISB, berdepan risiko diisytihar anak wati' syubhah, iaitu anak yang lahir daripada persetubuhan tidak sah jika tiada pengakuan nasab yang sahih daripada ibu bapa mereka.
Beliau berkata dalam undang-undang syariah khususnya melalui Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 menetapkan bahawa, pengiktirafan nasab seseorang anak bergantung kepada status pernikahan ibu dan bapa.
Di Selangor, permohonan polis untuk mereman tujuh individu berusia 18 hingga 55 tahun selama tujuh hari, bagi membantu siasatan berkaitan kes GISB dibenarkan Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini hari ini.
Kesemua mereka dipercayai empat isteri pemimpin kanan GIBSH, dengan seorang daripadanya warga asing serta dua wanita dan seorang lelaki, ditahan di sekitar Rawang, pada Jumaat malam.
Dalam pada itu, Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Fikri Naim Harun mengesahkan LZS tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada GISB dan anak syarikatnya.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pula berkata Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil tindakan dengan mengarahkan semua premis GISB di negeri ini ditutup, serta merampas segala aset syarikat berkenaan.
29 Sept
Di Selangor, tempoh reman dua individu berumur dalam lingkungan 50-an termasuk seorang dipercayai berperanan sebagai pengendali aliran tunai untuk GISB yang tamat hari ini, dilanjutkan selama lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini.
Di Kelantan, Mahkamah Majistret Machang membenarkan tempoh reman terhadap seorang mudir sebuah sekolah rendah integrasi berusia 66 tahun yang dikaitkan dengan GISB disambung tiga hari bermula esok (30 Sept) bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tiada ahli PAS Kelantan terlibat dengan GISB atau Al-Arqam, dan menegaskan kedua-dua entiti tersebut adalah berbeza.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS Bernama 27/09/2024 Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat p...
-
No more single-use plastic bags at 20 retail chains from Oct 1 - Nga Bernama 26/09/2024 From Oct 1, 20 hypermarkets, supermarkets, convenie...
-
Naomi Campbell banned as charity trustee after probe finds misconduct Bernama 27/09/2024 British supermodel Naomi Campbell has been disquali...
-
Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun Bernama 30/09/2024 PR1MA memiliki 88 projek di seluruh negara menerusi pelbagai fasa pemb...
-
'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disambung reman Sinar Harian 29/09/2024 Individu disyaki berperanan sebagai pengendali ...
-
83,700 students to benefit from "Anak Kita" programme - Fadhlina Bernama 27/09/2024 A total of 83,752 students, involving 3,458 s...
-
Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota Astro Awani 28/09/2024 Syed Hussein menang dengan majoriti 20,648 undi. - Astro...
-
Taasub melampau, pengikut GISB rela dianiaya dan jadi mangsa penderaan Bernama 26/09/2024 Razarudin berkata mereka tiada kemampuan untuk me...
-
PM Anwar buat panggilan video dengan Uya Bernama 28/09/2024 Dalam video berdurasi 90 saat yang dikongsikan di Facebook rasmi Anwar malam tad...
Popular Posts - Last 30 days
-
Malaysia COVID-19 cases soar above 5k Melissa Fernando ASRTRO AWANI Julai 16, 2022 = Malaysia COVID-19 cases soar above 5k There were eigh...
-
37 individuals remanded in probe into misappropriation of PenjanaKerjaya funds Bernama Julai 15, 2022 MACC today remanded 37 individuals to...
-
All Malaysian pilgrims complete haj pilgrimage Bernama Julai 12, 2022 All 14,305 Malaysian pilgrims have completed the Haj without any unt...
-
BBQ Buffet Buy 2 Free 1 Experience a sumptuous BBQ Steamboat Buffet Dinner with Royale Chulan's exclusive "Buy 2 Free 1&qu...
-
Wan Saiful trial: Prosecution witness says RM38,160 deposited into Sinar Karangkraf account Bernama 18/09/2024 Former Bersatu Information c...
-
Twitter sues Elon Musk to hold him to $44 billion deal Reuters Julai 13, 2022 The lawsuit accused Musk of "a long list" of viola...
-
Shahrol Azral transferred 1MDB money to Jho Low's company twice - Najib's lawyer Named 02/09/2024 Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi...
-
Evening Standard Otter attack in Malaysia leaves woman bloodied and unable to stand EVENING STANDARD 12 September 2024 Otter attack in Mal...
-
Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS Bernama 27/09/2024 Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat p...
Blog Archive
-
▼
2024
(3058)
-
▼
Sept 2024
(374)
- Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas ken...
- Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman le...
- Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan
- GISB Travel & Tours antara 81 perusahaan dipercaya...
- Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu G...
- GISBH: Remand period of several individuals extended
- Malaysia's official reserve assets at US$116.77bil...
- 80 Malaysia league matches use VAR - Sivasundaram
- Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat ...
- Polis tahan 15 individu disyaki terlibat dengan ke...
- Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
- Lebih 100 maut, 350 cedera dalam serangan Israel k...
- Mayat Hassan Nasrallah ditemukan - Sumber
- Op Global: Kronologi kes GISB setakat 29 Sept
- UM sahkan kemasukan pelajar cemerlang Izz Imil
- UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni...
- Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima la...
- Nenek 80 tahun bersaing rebut mahkota Miss Univers...
- Rumah sampah KLCC terbakar
- Chelsea 4-2 Brighton | P4LMER bags ALL FOUR! - HIG...
- SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet
- Pempengaruh TikTok buat aksi 'drift' ditahan, kena...
- 'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disamb...
- PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebes...
- Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadap...
- Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tida...
- Kementerian Pengangkutan perketat operasi bersepad...
- Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang ...
- Unity Government leaders congratulate Syed Hussien...
- Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi D...
- PM Anwar buat panggilan video dengan Uya
- Pope Francis, pressed by Belgium on sexual abuse, ...
- Mahkota voters go to the polls today
- LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majl...
- Ketua Audit Negara pertahan kerusi ahli ASOSAI Gov...
- JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah
- Naomi Campbell banned as charity trustee after pro...
- Malaysia eyes global AI hub status with AWS RM29.2...
- 83,700 students to benefit from "Anak Kita" progra...
- Saudi Arabia forms global alliance to push for Isr...
- Najib: BOD's job to manage SRC funds
- GISBH probe: Remand of four individuals extended
- Najib: US$70mil account is for CSR, not personal use
- PU Azman kena penjara 24 tahun kes amang seksual r...
- 56 years of Al-Arqam: From child exploitation to c...
- Dua Penjenayah Ditembak Mati
- Ustaz Ahmad Husam didakwa guna gelaran tidak diikt...
- Ahli GISBH rotan kanak-kanak kena penjara 10 tahun
- Former school assistant fined RM20,000 for falsify...
- Polis sahkan Syed Hussien tiada rekod sabitan jenayah
- AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk berop...
- Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding...
- PRK Mahkota: Pengundi tunai tanggungjawab esok
- No more single-use plastic bags at 20 retail chain...
- Buruh mengaku tidak bersalah cedera isteri guna se...
- JPN nafi hantaran tular 'Bantuan MyKad RM700 Fasa ...
- JKT, JPJ bincang mekanisme undang-undang tangani i...
- Amang seksual terhadap anak tiri: Pekerja restoran...
- Malaysia di tangga ke-33 dalam Laporan Indeks Inov...
- KPDN conducting review of E-Commerce legislation t...
- NRES directs METMalaysia to review SOP on preparat...
- Act 852: A proactive step to safeguard public heal...
- HSR: Konsortium China-M'sia dalam pertimbangan lep...
- Taasub melampau, pengikut GISB rela dianiaya dan j...
- Pemilik boleh didenda jika pelihara baka anjing te...
- JAIS siasat 612 individu terkait GISB - Exco Agama
- PM Anwar Ibrahim - "Peralihan Tenaga Untuk Kesejah...
- Kastam kutip hasil RM41.68 bilion setakat 31 Ogos ...
- Sinkhole at Bunga Raya complex suspected to be cau...
- Fahmi confirms termination of J-Kom Director-Gener...
- Najib testifies he had no control over SRC interna...
- CCID nabs 17 over RM32.9mil investment scam
- Anura Kumara Dissanayake sworn in as Sri Lanka's n...
- Marxist AKD Takes Charge as Sri Lanka's President ...
- Sanusi mohon ampun pada Sultan Selangor
- Terre Haute's singing janitor wins America's Got T...
- Ira Kazar minta RM3,000, tapi Syamsul perlu bayar ...
- Helikopter bawa petugas KKM kembali dengan selamat
- Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam...
- Bukit Aman probing Melbourne video of Jalur Gemila...
- Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah
- Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Komplek...
- Sri Lankan president dissolves parliament, calls f...
- Four suspects linked to GISBH remanded for three days
- Najib denies directing SRC through Nik Faisal, cou...
- Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober
- Strengthening Ringgit: MAPIM urges cross-politics ...
- Floods cause UK travel disruptions despite improve...
- Asian shares rally as China introduces largest sti...
- GISB: No parents have claimed children rescued in ...
- Blackpink's 'How You Like That' choreography video...
- Mohamed Khaled ucap takziah kepada keluarga Petrus
- Keprihatinan, kebajikan terhadap masyarakat India ...
- MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi cap...
- NUJ bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan halang ...
- Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun ...
- Ex-S’pore minister Iswaran pleads guilty to briber...
- Sukan tarian: Malaysia raih dua emas di Terbuka Lo...
- Khairuddin ditamatkan jawatan KP J-KOM selepas 6 b...
- SSM siasat GISB, pendaftaran syarikat boleh dibata...
-
▼
Sept 2024
(374)