Translate

29 September 2024

UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni ketika daftar pengajian



UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni ketika daftar pengajian

Bernama

29/09/2024



Fadhlina berkata beliau telah menghubungi remaja berkenaan dan menguruskan serta-merta semua urusan beban kewangan serta keperluan yang diperlukan pelajar itu untuk meneruskan pengajian. - Gambar/ FB Fadlina Sidek

KUALA LUMPUR: Kisah seorang pelajar cemerlang yang menggunakan guni untuk mengisi barangannya untuk ke asrama sewaktu pendaftaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini, turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini memaklumkan, beliau telah menghubungi remaja berkenaan Rafida Zaiddin dan telah menguruskan serta-merta semua urusan beban kewangan serta keperluan yang diperlukan pelajar itu untuk meneruskan pengajian.

"Rafida, anak yang cerdik. Berasal dari bumi bertuah, Sandakan. Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan. Sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS. Bagaimana isu Rafida ini sangat dekat di hati saya? Kerana pada hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke universiti.

"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah Cikgu Rahman dan rakan saya Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS yang telah melaporkan keadaan anakanda Rafida Zaiddin," katanya.

Fadhlina dalam hantaran sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rafida kerana telah memberi kesedaran bahawa perjuangan pendidikan manusiawi adalah kekuatan Malaysia.

"Fly high, stand tall Rafida. Insya-Allah Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian. Semoga Allah SWT memberkati pengajian anakanda Rafida!," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Dera Anak Guna Pisau Panas, Ibu Tiri Dipenjara 24 ' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'UK setuju bantu Malaysia dalam bidang teknologi, t' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Srengseng viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 3 hrs 43 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Tindakan lanjut sele' 6 hrs 25 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tindakan lanjut sele' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Tindakan lanjut sele' 6 hrs 32 mins ago