Translate

29 September 2024

'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disambung reman



'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disambung reman

Sinar Harian

29/09/2024



Individu disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai dalam rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd bersama isterinya disambung reman lima hari bermula hari ini. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Individu disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai dalam rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bersama isterinya disambung reman lima hari bermula hari ini.

Dua suspek terbabit sebelum itu dibawa menggunakan kenderaan polis sebelum tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira jam 10 pagi.

Kenderaan membawa suspek diiringi motosikal serta kenderaan unit peronda polis (MPV) selain dikawal beberapa anggota bertugas.

Perintah sambung reman terhadap dua suspek masing-masing berumur lingkungan 50-an itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Nurshahira Abdul Salim di bawah Seksyen 31 (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Kedua-dua suspek berkenaan diwakili peguam Rosli Kamaruddin sebelum ini direman tujuh hari bermula pada 23 September lalu.




Sinar Harian sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan salah seorang individu yang disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai dalam rangkaian GISB telah ditahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu itu diberkas dalam Op Global Fasa 4, di Butterworth, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Beliau berkata, individu terbabit diberkas selepas pihak polis memberkas pemimpin utama GISB di ibu negara, minggu lalu.

Dalam perkembangan sama, 15 anak-anak salah seorang pimpinan GISB diputuskan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam untuk dihantar ke rumah perlindungan berasingan yang terletak di Johor dan Cheras, Kuala Lumpur.

Kesemua individu terbabit terdiri daripada sembilan lelaki dan enam perempuan berumur tiga hingga 16 tahun. - Sinar Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Malaysia akan rasai kesan daripada tarif solar bah' 51 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Pengebumian Pope Francis ditetapkan pada Sabtu di ' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Ketua polis balai bakal berdepan tindakan tatatert' 54 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Samun Bersenjata Parang Di Taska | BEST FBKL' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BMW Tunjuk Samseng Block Bas | BEST FBKL' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 1 hr 43 mins ago