Translate

22 September 2024

Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu



Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu

Dewi Nur Harasha Alias

22/09/2024



Steven (depan, tiga, kiri) berkata jawatankuasa baharu yang dipilih itu akan menjadi barisan kepimpinan yang kuat bekerja demi rakyat dan parti. - Gambar/ Astro AWANI

BAYAN LEPAS: Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.

Steven, 42, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu akan menerajui tampuk kepimpinan baharu selepas mengambil alih jawatan disandang Chow Kon Yeow selama 25 tahun.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menang 1,237 undi pada pemilihan parti itu hari ini.

Steven akan memimpin DAP negeri itu bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Sementara itu, Ram Karpal Singh yang memperoleh 1,247 undi dilantik menjadi Timbalan Pengerusi DAP negeri.


Manakala Lim Hui Ying kekal sebagai Setiausaha DAP negeri.

Sementara itu, Steven berkata jawatankuasa baharu yang dipilih itu akan menjadi barisan kepimpinan yang kuat bekerja demi rakyat dan parti.

Beliau berkata, sebagai pengerusi baharu, beliau dan pasukannya akan meneruskan perjuangan parti dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Kon Yeow dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian selepas pengumuman pemilihan 15 jawatankuasa DAP Pulau Pinang pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di Spice Arena, Bayan Lepas pada Ahad.

Sebanyak 1,452 undi dikeluarkan namun jumlah undi yang sah adalah sebanyak 1,367 manakala undi rosak sebanyak 85 undi dengan kehadiran perwakilan direkodkan ialah 69.37 peratus daripada 2,093 perwakilan.

Sebanyak 31 calon bertanding bagi merebut 15 Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024-2027.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED