Translate

24 September 2024

Banjir Kedah: 6,809 mangsa di 33 PPS pagi ini



Banjir Kedah: 6,809 mangsa di 33 PPS pagi ini

Adie Sufian Zulkefli

24/09/2024



Empat daerah yang masih terjejas banjir di Kedah adalah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena. - Foto Astro AWANI

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit hari ini kepada 6,809 daripada 2,171 keluarga, yang ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah, setakat jam 8 pagi ini.

Peningkatan itu berbanding 6,792 mangsa daripada 2,171 keluarga yang dilaporkan pada jam 12 tengah malam tadi.

Ia berikutan kebanyakan mangsa tidak dapat pulang ke rumah masing-masing susulan keadaan banjir temenung yang melanda ketika ini.

Empat daerah yang masih terjejas banjir adalah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kota Setar masih mencatatkan 4,643 mangsa daripada 1,509 keluarga di 19 PPS setakat ini.


Sementara itu, di Pendang, angka masih kekal seramai 1,606 mangsa daripada 490 keluarga di 10 PPS.

Di Kubang Pasu pula, mangsa banjir kekal 493 orang daripada 144 keluarga manakala di Pokok Sena, bilangannya kekal seramai 67 mangsa daripada 28 keluarga.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED