Translate

28 September 2024

LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan



LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan

Bernama

28/09/2024



Pasukan Berbasikal Kebangsaan pada Majlis Pengenalan Pasukan sempena perlumbaan LTdL Malaysia 2024 di Dataran Lang, Langkawi, malam tadi. --fotoBERNAMA

LANGKAWI: Dataran Lang, Kuah di sini kembali menjadi saksi kepada kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan bertanding pada perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, malam tadi.

Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.

Sebanyak 132 pelumba yang mewakili 22 pasukan berstatus WorldTeam, ProTeam, Continental, dan pasukan kebangsaan, bakal memberikan saingan sengit pada edisi kali ini. Perlumbaan ini meliputi jarak keseluruhan sebanyak 1,190 kilometer (km) yang membabitkan 10 negeri di Semenanjung Malaysia serta Sarawak.

Perlumbaan LTdL 2024 akan bermula pada Ahad ini di Langkawi untuk Peringkat 1, diikuti Peringkat 2 dari Arau ke Butterworth, Taiping ke Cameron Highlands (Peringkat 3), Kuala Kubu Baru ke Bentong (Peringkat 4), Kuala Lumpur ke Melaka (Peringkat 5), Batu Pahat ke Kulai (Peringkat 6), Miri ke Bintulu (Peringkat 7), dan Bintulu (Peringkat 8).

Perlumbaan Peringkat 1 meliputi jarak 96.5km dari Kuah mengelilingi Pulau Langkawi dengan kesemua pasukan akan menempuh satu pendakian kategori empat di Look Out Point Langkawi selain tiga zon pecut di Harbour Park, Bayas dan Padang Matsirat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Pengebumian Pope Francis ditetapkan pada Sabtu di ' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Ketua polis balai bakal berdepan tindakan tatatert' 42 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Samun Bersenjata Parang Di Taska | BEST FBKL' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BMW Tunjuk Samseng Block Bas | BEST FBKL' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes Buli / Pukul di asmara sekolah l' 1 hr 36 mins ago