Translate

17 October 2024

Bekas ejen perumahan didakwa pecah amanah duit penyewa rumah RM2,117



Bekas ejen perumahan didakwa pecah amanah duit penyewa rumah RM2,117

Bernama

17/10/2024

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Nov ini untuk sebutan kes.

KUALA LUMPUR: Seorang bekas ejen perumahan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang RM2,117 milik penyewa rumah bagi kegunaan sendiri, dua bulan lepas.

U Kayathri, 44, didakwa melakukan pecah amanah dengan mengarahkan penyewa rumah membayar sewa rumah berjumlah RM2,117 ke dalam akaun Touch 'n Go eWallet miliknya dan dia menggunakan wang itu untuk kegunaan sendiri.

Wanita itu dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Brickfields di sini antara 26 Ogos dan 6 Sept lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Kayathri yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan itu dikurangkan atas alasan wanita itu mempunyai tanggungan keluarga dan masalah kesihatan.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Nov ini untuk sebutan kes.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED