Translate

24 May 2021

Tren LRT 40 dan 81 Kemalangan, Beberapa Penumpang Dilaporkan Cedera

KUALA LUMPUR: Seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung KLCC malam ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, semua mereka sudah dikeluarkan dan dihantar ke hospital dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu.

"Tren yang dari Gombak dipandu secara automatik mengandungi 213 orang penumpang manakala tren dari Kampung Baru adalah tren kosong yang mempunyai pemandu.

"Kita dapati mungkin berlaku kegagalan komunikasi dan ini adalah kemalangan yang kami masih menyiasat jika ia adalah kecuaian kerana melibatkan kecederaan awam," katanya pada sidang media sebentar tadi.


Penumpang cedera, LRT Kelana Jaya terbabit dalam kemalangan

ASTRO AWANI











 Menurut OCPD Dang Wangi, siasatan awal mendapati wujud insiden brake mengejut hingga menyebabkan penumpang jatuh, cedera & berdarah@PDRMsia sedang menunggu maklumat lanjut dari @AskRapidKL yang dalam ciapan adminnya mendakwa ; “ada masalah teknikal.”














Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED