Translate

09 November 2024

43 terselamat, bas persiaran rempuh belakang treler



43 terselamat, bas persiaran rempuh belakang treler

Astro Awani

09/11/2024


Bahagian hadapan bas persiaran remuk selepas merempuh sebuah treler di Kilometer 295.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat Gopeng, awal pagi ini. - Gambar ihsan JBPM Perak


IPOH: Seramai 43 orang terselamat apabila sebuah bas persiaran dipercayai merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 295.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat Gopeng, awal pagi ini.

Bagaimanapun, dalam insiden itu, hanya empat orang penumpang bas mengalami kecederaan ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 4 pagi.

“Kemalangan menyebabkan bahagian hadapan bas tersebut remuk.

“Bas persiaran tersebut membawa rombongan dari Melaka ke Kedah seramai 41 orang mangsa dan seorang pemandu bas,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.

Menurutnya, pemandu treler turut terselamat dan kesemua mangsa yang berada dalam bas berjaya keluar dengan sendiri sebelum pihak bomba tiba dilokasi.

Sabarodzi berkata, ketua operasi mengarahkan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) membuat rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan.

Katanya, tiga orang mangsa lagi dibawa ke hospital dengan EMRS Gopeng dan seorang lagi dibawa oleh ambulan Kementerian Kesihatan.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Norazhan Noor Fauzi tamat kira-kira jam 5 pagi.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED