Translate

31 May 2021

Tiga Bulan Tanpa Gaji Buat Menteri Dan Timbalan Menteri, Wang Disumbangkan Untuk COVID-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021.

Tiga bulan tanpa gaji buat menteri dan timbalan menteri, wang disumbangkan untuk COVID-19


Astro Awani

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021.

Menurutnya, wang tersebut akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.

Tegasnya, tindakan itu sama seperti diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) yang dikuatkuasakan pada Mac tahun lepas.

“Keputusan untuk melaksanakan lockdown ini adalah satu keputusan yang sukar tetapi terpaksa dibuat. Sama ada lockdown yang dilaksanakan ini akan berjaya atau tidak semuanya terserah kepada saudara dan saudari serta ketentuan Ilahi.

“Kerajaan telah menutup hampir semua sektor ekonomi dan sosial untuk mengurangkan pergerakan rakyat dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Saudara dan saudari dikehendaki duduk di rumah – stay at home – saya ulangi stay at home – dan sentiasa patuh kepada SOP. Jika saudara dan saudari gagal mematuhi arahan ini, maka kita semua akan gagal, na’uzubillah,” katanya.

Beliau berkata demikian katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar petugas barisan hadapan terus tabah menghadapi pandemik ini.

“Saya tahu anda semua penat berperang melawan virus ini sejak lebih setahun yang lalu. Saya ingin ulangi penghargaan kerajaan yang tidak terhingga atas segala jasa dan pengorbanan para frontliners kita di seluruh negara.

“Saya doakan agar anda semua terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengharungi cabaran dan dugaan yang amat besar ini. Saya juga mendoakan agar semua pesakit yang sedang bertarung melawan COVID-19 ini diberikan kesembuhan segera,” ujarnya.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'All Square at Manchester Derby as Tottenham beats ' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fulham 3 - 2 Liverpool | 2024/25 Premier League Hi' 41 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk Wani' 42 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 57 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Medina viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 1 hr 42 mins ago