Translate

21 May 2021

Pakai Dua Helai Pelitup Muka?

Tan Sri Dr Noor Hisham 

Pakai dua helai pelitup muka?

Astro Awani

Baru-baru ini tular gambar Tan Sri Dr Noor Hisham memakai 2 helai pelitup muka (double face mask) ditambah dengan pelindung muka (face shield).

Maka, orang ramai mula ‘share’ kononnya perlunya memakai 2 lapis pelitup muka supaya dapat memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap jangkitan COVID-19.

Namun, perkara ini adalah salah & mengelirukan (misleading).

Mengikut kajian Pusat Pengendalian & Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), perkara yang ditekankan ialah cara pemakaian pelitup muka yang betul, selesa & melitupi dengan kemas pada hidung, mulut & dagu muka (fits snugly to face - fits over nose, mouth & chin).

Perkara ini boleh dilakukan melalui beberapa kaedah.

Langkah 1: Memperbaiki cara pemakaian pelitup muka dengan :

memilih pelitup muka yang mempunyai jalur logam di bahagian hidung (mask with nose wire)

pakai pendakap atau pelengkap pelitup muka (mask brace / fitter)

Langkah 2 : Tambah lapisan material pelitup muka


pakai pelitup muka jenis fabrik di atas pelitup muka 3 lapisan jenis pakai buang

Langkah 3: Ikat gelung getah telinga (ear loop) dan kemaskan bahagian tepi pelitup muka


Mengikut kajian berkenaan, ujikaji di dalam makmal membuktikan bahawa pemakaian pelitup muka jenis perubatan dengan kaedah sedemikian mampu mengurangkan risiko terhadap aerosol yang berpotensi menularkan COVID-19 sebanyak 95%.

Pun begitu, CDC turut mengingatkan supaya :

Tidak menggabungkan 2 jenis pelitup muka pakai buang

Jangan gabungkan pelitup muka jenis N95 / KN95 dengan apa-apa pelitup muka yang lain

Bagi memastikan pelitup muka yang dipakai benar-benar dapat memberikan perlindungan yang dikehendaki dari bahaya COVID-19, anda harus memilih jenis pelitup muka yang tepat dan bersesuaian, selain memakainya mengikut tatacara yang betul.

FOR MORE NEWS GO TO:

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED