Translate

21 May 2021

Lelaki Maut, Kereta Meletup Dipercayai Dipanah Petir (Video)

Seorang lelaki maut dalam keadaan tragik dengan anggota badan hancur selepas kereta yang dipandunya meletup dipercayai dipanah petir 

 

Lelaki maut, kereta meletup dipercayai dipanah petir

Harian Metro

Seorang lelaki maut dalam keadaan tragik dengan anggota badan hancur selepas kereta yang dipandunya meletup dipercayai dipanah petir di Kampung Sireh, di Kota Bharu, petang Jumaat.

 Kejadian jam 5.38 petang itu menyebabkan kenderaan jenis Proton Iswara yang dipandu mangsa rentung dan terputus dua. 

Lima kenderaan lain yang berada berhampiran di lokasi kejadian turut terbakar susulan letupan berkenaan. Difahamkan, sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang berada di lokasi kejadian turut menemui serpihan mercun di lokasi berkenaan. 

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu ketika dihubungi berkata, seorang mangsa meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

Source: Harian Metro YouTube
 

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED