Translate

02 April 2021

Undi18: Penangguhan nafikan hak orang muda, pencabulan demokrasi - Maszlee

Undi18: 'Rakyat bersuara kerana tak boleh mengadu di Parlimen'
Undi18: Penangguhan nafikan hak orang muda, pencabulan demokrasi - Maszlee


Astro Awani
2/4/2021

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan tidak melaksanakan Undi18 ketika ini meskipun diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah dilihat sebagai tindakan mencabul demokrasi.

Justeru Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik berkata golongan muda perlu bangkit mendaftar sebagai pengundi dan menentukan pemerintahan akan datang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Kita telah luluskan Undi18 (peringkat Parlimen) dan diharapkan ianya dapat dilaksanakan.

"Bagi pengundi muda, segeralah berdaftar. Anda lihat bagaimana kerajaan ada sekarang ini mencabuli demokrasi, membuli anda sekali, menafikan hak perlembagaan maka dalam pilihan raya nanti anda tentukan nasib mereka," jelasnya ketika ditemui di hadapan IPD Dang Wangi pada Jumaat.

Mengulas lanjut, jelas Maszlee beliau hadir di IPD itu bagi memberi keterangan berhubung protes Undi18 yang diadakan di hadapan bangunan Parlimen minggu lalu.

"Terima kasih kepada PDRM menjalankan tugas secara profesional, sebagai Ahli Parlimen kami jalankan tugas kami," jelasnya lagi.

Turut hadir memberi keterangan di IPD Dang Wangi ialah Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Kesemua mereka hadir kira-kira jam 2.15 petang tadi sebelum memasuki IPD Dang Wangi sebelum dilihat keluar kira-kira sejam kemudian.

Turut hadir bagi menyatakan sokongan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa lagi pemimpin politik pembangkang.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED