Translate

02 April 2021

Covid-19 Malaysia 2 April | New Cases - 1,294 Total- 347,972 | Recovered- 1,442, Active- 14,246 | Deaths- 5, Total- 1,283












Kenyataan Akhbar KPK 2 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

2 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,442 kes (332,443 kes kumulatif, 95.5%);
  • Kes baharu : 1,294 kes (347,972 kes kumulatif);
  • Kes import : 26 kes (9 warganegara, 17 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,268 kes [897 warganegara (70.7%); 371 bukan warganegara (29.3%)];
  • Kes aktif : 14,246 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 168 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 78 kes;dan
  • Kes kematian : 5 kes (1,283 kes kumulatif, 0.37%; 5 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 455 kes (35.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 375 kes (82.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak217 kes (16.8 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak139 kes (10.7 peratus).

Sebanyak 22 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (18 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan Kluster Tembok Muhasabah (1 kes).

Terdapat lima (5) kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Johor, Pulau Pinang, dan Sabah. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 2 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,388 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,025 kluster (termasuk 9 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Damai Pelangi, Kluster Teknologi Berendam, Kluster Pasar Borong KL 2, Kluster Jalan Jasmine, Kluster Jalan Empat, Kluster Jalan Industri Kidamai, Kluster Subang Tiga, dan Kluster Persiaran Alam);
  • Jumlah kluster aktif : 363 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 57 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (76 kes), Kluster Tapak Bina Sunsuria (55 kes), dan Kluster Persiaran Cassia Selatan (55 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh (7) kluster tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, dan satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Banjaran GadingSabahTempat Kerja
2Simpang EmpatSabahTempat Kerja
3Industri Bukit AngkatSelangorTempat Kerja
4Jalan TaatJohorTempat Kerja
5Jalan Bukit NanasWP Kuala LumpurTempat Kerja
6Jalan PadangNegeri SembilanTempat Kerja
7Wakaf ChagakTerengganuTempat Kerja
8KalindukanSabahKomuniti
9Permatang PasirNegeri SembilanKomuniti
10Pekan BatuSelangorKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 April 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR455 (1)116,770
SABAH6354,916
JOHOR103 (1)41,523
WP KUALA LUMPUR88 (20)38,009
NEGERI SEMBILAN3117,333
SARAWAK217 (3)16,845
PULAU PINANG13916,398
PERAK1413,011
KEDAH218,488
MELAKA226,573
KELANTAN  666,343
PAHANG574,337
TERENGGANU83,607
WP LABUAN42,339
WP PUTRAJAYA5 (1)1,149
PERLIS1331
JUMLAH KESELURUHAN1,294 (26)347,972

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,294 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 455 kes 
    • 185 kes daripada kluster-kluster; termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Industri Bukit Angkat dan Kluster Pekan Batu;
    • 190 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 217 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 110 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 139 kes 
    • 69 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 103 kes  
    • 27 kes daripada kluster-kluster; termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Taat;
    • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 88 kes  
    • Tujuh (7) kes daripada daripada kluster-kluster; termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Nanas;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 20 kes import dari luar negara; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 66 kes 
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 63 kes 
    • 28 kes daripada kluster-kluster; termasuk 11 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Banjaran Gading, Kluster Simpang Empat, dan Kluster Kalindukan;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 57 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 31 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster; termasuk enam (6) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Padang dan Kluster Permatang Pasir;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka22 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 21 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 14 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Lapan (8) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster; termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Wakaf Chagak; dan
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan lima (5) kes kematian pada 1 April 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo.   KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1279316053SarawakPerempuan (WN)80Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1280336033SabahLelaki (WN)37Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi  dan buah pinggang kronik
1281342320JohorPerempuan (WN)84Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit buah pinggang kronik
1282347635SarawakLelaki (WN)59Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan, hati kronik
1283347774Pulau PinangLelaki (WN)52Jenazah dibawa ke Hospital Balik PulauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER BANJARAN GADING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347146) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Banjaran, Kota Kinabalu. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di manalapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SIMPANG EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kunak di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340924) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Kampung Simpang Empat, Kunak. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI BUKIT ANGKAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Angkat, Kajang. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 38 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TAAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345961) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Taat, off Jalan Tun Razak, Johor Bahru. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BUKIT NANAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras, Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-333711) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Bukit Nanas, Lembah Pantai. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PADANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tampin, Rembau, Kuala Pilah, dan Jempol di Negeri Sembilan; serta daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 343950) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perkhidmatan awam yang terletak di Jalan Padang, Tampin. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER WAKAF CHAGAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-331708) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Mukim Wakaf Chagak, Kuala Nerus. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 167 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KALINDUKAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Nabawan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338696) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan pengiring ke hospital. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Kampung Kalindukan, Nabawan. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERMATANG PASIR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344904) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Permatang Pasir, Linggi, Port Dickson. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PEKAN BATU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344419) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan penghuni-penghuni dan kakitangan sebuah rumah jagaan warga emas yang terletak di Pekan Batu 9, Cheras, Hulu Langat. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED