Translate

15 April 2021

Tindakan Pantas Tangani Pencemaran Elak Henti Tugas Loji

Tindakan Pantas Tangani Pencemaran Elak Henti Tugas Loji

MB: Tindakan pantas tangani pencemaran elak henti tugas loji

Selangor Kini
14/4/2021

SHAH ALAM, 14 APRIL: Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengatasi pencemaran Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan Isnin lalu menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terus beroperasi.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif tersebut dilakukan selepas menerima laporan awal mengenai insiden berpunca daripada sebuah kilang cat yang terbakar.

“Tindakan pantas berjaya mengelakkan henti tugas LRA Sungai Semenyih. Situasi tersebut menyelamatkan bekalan air bersih untuk ramai warga Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook hari ini.

Isnin lalu, LUAS melakukan tindakan segera selepas menerima laporan Sungai Batang Benar dicemari air berwarna putih akibat kebakaran kilang cat di Nilai 3.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata siasatan awal mendapati jarak insiden ke muka sauk Jenderam Hilir, Sungai Semenyih ialah 13.7 kilometer dan LUAS telah mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan menyeluruh di kawasan terlibat yang berisiko menyebabkan henti tugas LRA berkenaan.

Katanya, ujian pensampelan bau dilaksanakan di tiga lokasi berbeza di Sungai Pajam, Sungai Beranang dan Sungai Semenyih mencatatkan kadar bau sifar ton.

LUAS turut meletakkan 10 beg serbuk karbon teraktif di sungai tersebut untuk mencegah pencemaran bau dalam air mentah.

FOR MORE NEWS GO TO:

Tindakan pantas telah berjaya mengelakkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih. Situasi tersebut menyelamatkan...

Posted by Amirudin Shari on Wednesday, April 14, 2021

Tindakan pantas oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengelakkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai...

Posted by Amirudin Shari on Wednesday, April 14, 2021

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED