Translate

15 April 2021

Suami Isteri Parah Kereta Dirempuh Pemandu Lawan Arus

Sepasang suami isteri parah selepas kereta dinaiki bersama anak mereka bertembung sebuah kenderaan lain

 

Suami isteri parah kereta dirempuh pemandu lawan arus

Astro Awani
15/4/2021

BUTTERWORTH: Sepasang suami isteri parah selepas kereta dinaiki bersama anak mereka bertembung sebuah kenderaan lain yang dipandu secara melawan arus, di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan kira kira jam 8.20 malam di Kilometer (KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam itu, pemandu kereta jenis Honda City yang melawan arus turut cedera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu kereta jenis Toyota Corolla Altis, Honda City dan sebuah motosikal.

Siasatan mendapati pemandu Honda City yang dikatakan memandu secara melawan arus telah bergesel dengan sebuah motosikal ketika dalam perjalanan dari arah Bagan Ajam menghala ke Sungai Dua sebelum merempuh kereta yang dinaiki tiga beranak tersebut.

Noorzainy berkata penunggang motosikal berusia 24 tahun dan pemboncengnya berumur 28 tahun terjatuh namun tidak mengalami kecederaan.

Kereta Honda City itu kemudian merempuh kenderaan yang dinaiki tiga beranak itu menyebabkan pasangan suami isteri tersebut parah.

"Pemandu Toyota Corolla Altis berusia 35 tahun dan isteri berumur 31 tahun yang cedera parah serta pemandu yang melawan arus dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya bagi menerima rawatan lanjut.

"Manakala anak pasangan suami isteri yang berusia tiga tahun tidak mengalami kecederaan," kata Noorzainy dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Noorzainy, setakat ini punca Honda City dipandu melawan arus belum dikenal pasti, kerana pemandunya masih tidak sedarkan diri.

Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta tampil memberikan maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Syafinaz Abd Aziz melalui talian 018-2881424 atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED