Translate

11 April 2021

PUB GRO Tersorok Pun PDRM Dapat Bongkar

 Kedegilan 37 individu termasuk pelanggan dan GRO asing yang kemaruk berhibur 

 



PUB GRO Tersorok Pun PDRM Dapat Bongkar

MKL Crimedesk
11/4/2021


KUALA LUMPUR - Kedegilan 37 individu termasuk pelanggan dan GRO asing yang kemaruk berhibur ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mengundang padah, apabila premis itu digempur malam tadi.

Kesemua mereka yang sedang ligat berhibur itu ditangkap di sebuah Pub dan Restoran sekitar Dang Wangi malam tadi.

Operasi kira kira jam 10 malam itu didapati mengalami kesukaran untuk menyerbu masuk kerana premis terletak di kawasan tersorok.

Malah ianya dilengkapi kamera litar tertutup CCTV dan pengawal keselamatan.

Atas kecekapan polis, pintu kebal premis dan laluan tikus berjaya dikepong.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, premis berkenaan sudah beroperasi sejak 4 bulan lalu.

Pemeriksaan lanjut didapati, 9 daripada tangkapan ada pekerja asing dan 8 wanita warga Thailand itu adalah GRO.

Kesemua pengunjung dan pekerja premis berkenaan dikenakan tindakan kompaun 1000 ringgit kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan Peraturan 11 (1), Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Mereka kemudian ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Source: MKL Crimedesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED