Translate

15 April 2021

Prasarana Tawar Harga Pas My City Serendah RM5

Pas MyCity dengan harga serendah RM5 

Prasarana tawar harga Pas My City serendah RM5

BERNAMA
15/4/2021

KUALA LUMPUR, 15 April -- Orang ramai kini boleh mendapatkan Pas MyCity dengan harga serendah RM5 yang membolehkan penggunaan perkhidmatan rel Rapid KL tanpa had untuk satu atau tiga hari mulai hari ini hingga 25 Julai.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datin Norlia Noah berkata pas perjalanan khusus buat warganegara itu membolehkan orang ramai menggunakan perkhidmatan rel Rapid KL iaitu Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel dan rangkaian Bas Rapid Transit (BRT) selama satu hari dengan harga RM5 dan tiga hari (RM15) tanpa had.

“Prasarana komited dalam mendukung aspirasi kerajaan untuk meringankan beban kewangan pengguna perkhidmatan awam pada musim pandemik ini.

“Seterusnya, inisiatif ini diharap dapat menggalakkan pelancongan domestik dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.





Pas MyCity diperkenalkan pada April 2019 dengan harga RM25 untuk satu hari dan RM55 untuk tiga hari.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED