Translate

22 April 2021

Penghantar Makanan Terima 9 Jahitan Di Kepala Dipukul Suami Pelanggan

Penganggur berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki memukul penghantar makanan
            



Penghantar makanan terima 9 jahitan di kepala dipukul suami pelanggan

Kelab Info Malaysia
22/4/2021

Georgetown: Penganggur berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki memukul penghantar makanan dalam kejadian di perkarangan sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, di sini, semalam.

Kejadian itu menyebabkan mangsa menerima sembilan jahitan di kepala akibat dipukul dengan penukul besi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, terdahulu ketika kejadian, mangsa yang juga lelaki berusia 40 tahun menghantar makanan yang ditempah seorang wanita iaitu pada 4.10 petang.

Sebaik tiba, penghantar makanan terbabit menunggu lama pelanggannya itu di lokasi bagi menyerahkan makanan.

"Penghantar makanan itu menghubungi wanita berkenaan berkali-kali bagi memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi namun panggilan tidak dijawab.

"Wanita terbabit datang bagi mengambil makanan 10 minit kemudian sebelum penghantar makanan berkenaan beredar pulang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Soffian berkata, kira-kira 20 minit kemudian mangsa dihubungi suspek yang juga suami wanita itu, kononnya mahu memulangkan semula makanan.

Ketika tiba di perkarangan rumah suspek, berlaku pertengkaran antara pengganggur itu dengan mangsa.
"Suspek menuduh mangsa memarahi isterinya berkaitan penghantaran makanan dan berlaku pertengkaran antara kedua-duanya. Suspek kemudian memukul kepala mangsa dengan menggunakan penukul besi," katanya.

Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, Soffian berkata, suspek ditahan di rumahnya pada 11.15 malam tadi.

"Turut dirampas ialah penukul besi yang digunakan sebagai senjata bagi memukul mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat ke atas suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya.

 Source: Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 19 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 35 mins ago
A visitor from California viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 1 min ago
A visitor from Zagreb viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang tidak terkesan, Komtar di' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gega' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gega' 1 hr 32 mins ago