Translate

22 April 2021

Kompaun RM1500, Langgar SOP, Enam Pelajar Matrikulasi Diberi Pengurangan Kompaun

 
 RM1,500 terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi di Gopeng, Perak 



Kompaun RM1,500 6 pelajar kolej matrikulasi langgar SOP dikurangkan

FMT
22/4/2021

PETALING JAYA: Jumlah kompaun RM1,500 terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi di Gopeng, Perak yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikurangkan selepas kesemuanya membuat rayuan hari ini, kata Pengarah Kesihatan Perak, Dr Ding Lay Ming.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu pihak pengurusan kolej juga meminta pengurangan lanjut berikutan pelajar tersebut daripada golongan berpendapatan rendah dan tidak mampu membayar jumlah dikenakan.

“Sehubungan itu, kertas siasatan akan dibuka dan siasatan lanjut akan dibawa ke pertimbangan pihak pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan media.

Ding berkata, teguran tegas juga telah diberikan kepada pihak pengurusan kolej kerana tidak memastikan pematuhan SOP di premis berkenaan.

Ahad lalu, enam pelajar terbabit dikompaun di bawah Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana tidak memakai pelitup muka biarpun berada dalam kawasan kolej.

Tindakan itu dipertikai kerana pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar.

Difahamkan, pegawai Kementerian Kesihatan datang ke kolej terbabit disebabkan kes keracunan makanan di sebuah kafe di situ.

Bagaimanapun, mereka datang lagi pada keesokannya (Isnin) dan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED