Translate

02 April 2021

Natxo Insa Digantung Dua Perlawanan, Denda RM10,000 Kerana Tolak Pengadil

 Natxo Insa 

Natxo digantung dua perlawanan, denda RM10,000  

Natxo Insa digantung dua perlawanan, denda RM10,000 kerana tolak pengadil

BERNAMA
2/4/2021

KUALA LUMPUR, 1 April -- Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Natxo Insa yang didapati menolak pengadil menerima padah, apabila dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan didenda RM10,000.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, pemain itu berkelakuan tiada semangat kesukanan terhadap pengadil Noor Azriel Baharudin, apabila menyentuh dada pengadil berkenaan menggunakan kedua-dua tangannya.

Keputusan yang dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa itu hari ini menyaksikan, pemain berdarah kacukan Malaysia-Sepanyol berusia 34 tahun itu, akan terlepas perlawanan skuad Harimau Selatan menentang Melaka United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

“Baki satu lagi perlawanan ditangguhkan terlebih dahulu, tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini. Jika pemain ini didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan satu perlawanan ini akan berkuat kuasa dengan serta-merta.

“Pemain ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hanya keputusan berkaitan hukuman denda dibenarkan untuk rayuan,” kata Baljit menerusi kenyataan, hari ini.

Natxo Insa atau nama sebenarnya, Ignacio Insa Bohigues didapati melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015), iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan selepas tamat aksi Liga Super antara skuad JDT dan Perak FC di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac lepas.

Perak mengikat juara tujuh kali berturut-turut itu 2-2 pada aksi tersebut.

Baljit berkata pihaknya telah memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 kod tersebut, di mana pemain itu dikenakan penggantungan satu perlawanan terlebih dahulu, dan baki satu perlawanan ditangguh tertakluk kepada kelakuan baik beliau dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat diterima.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED