Translate

02 April 2021

Bayi 14 Hari Maut Tercampak Dalam Kemalangan 4 Sekeluarga Di Jalan Ampang

Kereta Proton Saga dinaiki empat beranak selepas kemalangan di Jalan Ampang

Bayi 14 hari maut tercampak dalam kemalangan 4 sekeluarga di Jalan Ampang

Astro Awani
2/4/2021

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bersama bayi perempuannya berusia 14 hari maut dalam kemalangan di Jalan Ampang, ibu negara pada Khamis.

Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Proton Saga dinaiki sepasang suami isteri dan dua anak mereka itu dari arah Ampang menghala ke Lembah Jaya, pada 10.30 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, setibanya di lokasi kejadian, pemandu berusia 32 tahun itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke arah bertentangan.

"Isterinya tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan manakala bayi perempuan tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

"Wanita warga Indonesia berusia 28 tahun itu maut di tempat kejadian manakala bayi malang berusia 14 hari itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.

"Seorang lagi anak pasangan tersebut iaitu kanak-kanak lelaki berumur empat tahun mengalami cedera parah manakala pemandu mengalami cedera ringan dan kedua mangsa sedang dirawat di Hospital Ampang.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi yang melihat kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Insp Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 untuk menyalurkan maklumat.

Source: Astro Awani

For More News Go To:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED