Translate

05 April 2021

Kartel Dianugerah 345 Tender Kerajaan Bernilai RM3.8 Bilion Melalui 150 Syarikat Dikendalikannya


SPRM lumpuhkan kartel projek bernilai RM3.8 bilion

SPRM lumpuhkan sindiket kartel projek bernilai RM3.8 bilion, ketua ditahan

Astro Awani
5/4/2021

KUALA LUMPUR: Tujuh individu direman enam hari bermula hari ini sehingga 10 April bagi membantu siasatan berhubung sindiket kartel projek bernilai RM3.8 bilion.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, kesemua mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.

Katanya kes, disiasat dibawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM, dan beliau turut tidak menolak lebih banyak tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurut sumber, sindiket kartel projek ini dikatakan telah memonopoli sebanyak 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara dengan nilai projek sebanyak RM3.8 bilion.

Menurutnya, sindiket ini dipercayai beroperasi sejak tahun 2014 hingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati, ketua sindiket berusia 47 tahun itu mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terlibat.

Difahamkan suspek mewujudkan 150 syarikat yang berbeza dengan menggajikan individu-individu sebagai pengarah syarikat yang mana sebenarnya dimilikinya sendiri.

Tumpuan sindiket ialah terhadap projek penyelenggaraan fasiliti dan projek-projek pembangunan.
Selain itu, katanya, sindiket ini dipercayai mendapat kerjasama ‘orang dalam’ untuk memastikan syarikat-syarikat di bawah ‘kawalannya’ dibenarkan masuk tender atau sebut harga dan memastikan salah satu daripadanya berjaya.

“Modus operandi kartel ialah membayar rasuah kepada orang dalam untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan masa yang sesuai untuk menghantar borang tender atau sebut harga.

“Taktik ‘mengepung harga’ iaitu dengan menyertai sesuatu tender dengan menggunakan sejumlah besar syarikat yang berada di bawah kawalan ketua sindiket,” katanya di sini pada Isnin.

Sumber memberitahu, syarikat-syarikat terbabit akan memasuki tender mengikut harga yang berbeza-beza berdasarkan harga siling yang ditetapkan.

Hasil risikan yang dijalankan juga katanya, mendapati sindiket ini telah menggunakan nama beratus individu untuk membuka syarikat-syarikat di bawah naungannya.

“Setiap individu akan dibayar gaji bulan dan komisyen sebagai imbuhan bagi penggunaan nama dan butir-butir peribadi.

“Dipercayai butir-butir kelayakan akademik dan kelayakan profesional bagi kebanyakan penama yang digunakan untuk menubuhkan syarikat adalah palsu.

"Setiap syarikat juga dikatakan menggunakan penyata kewangan palsu untuk melayakkan mereka memasuki tender atau sebutharga berkenaan,” ujarnya.

Satu intipan dan pemantauan telah dijalankan di pusat operasi sindiket ini malam tadi di mana hampir keseluruhan ahli-ahli sindiket berkumpul untuk mengisi borang-borang tender.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-lumpuhkan-sindiket-kartel-projek-bernilai-rm38-bilion-ketua-ditahan-291749

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '“Air mengalir tidak dapat diputuskan” - Bagaimana ' 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Santa cruz do capibaribe viewed 'Madonna announces music tour celebrating 40 years ' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Langgan Pelacur Dengan Wechat | BEST FBKL' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 23 mins ago