Translate

15 January 2021

PKP Di Seluruh Kelantan Bermula Esok Hingga 26 Januari

PKP di seluruh Kelantan bermula esok hingga 26 Januari

Astro Awani
15/1/21


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan bermula 16 Januari (esok) hingga 26 Januari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan peningkatan kes yang ketara di negeri itu sejak 14 hari yang lalu.

"KKM melaporkan berlaku peningkatan kes mendadak kluster dalam komuniti seluruh Kelantan ketika ini.

"Sehingga 14 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 1,649 kes positif direkodkan di Kelantan.

"Sejak 10 Januari, purata kes harian meningkat sekitar 80 hingga 100 kes sehari manakala kes aktif turut meningkat mendadak daripada 328 kepada 891 kes," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, KKM turut mengesahkan 90 peratus daerah di negeri itu kini dalam zon merah dan jingga.

Katanya, semua garis panduan dan SOP berkait arahan PKP yang diumumkan sebelum ini adalah terpakai.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED