Translate

15 January 2021

Covid-19 Indonesia reported 12,818 new cases total now at 882,418 & 238 new deaths taking total to 25,484


Jangkitan COVID-19 di Indonesia semakin membimbangkan, hampir 13,000 kes sehari

BERNAMA
15/1/21

JAKARTA: Jangkitan COVID-19 di Indonesia terus meningkat dan membimbangkan apabila merekodkan kes baharu melepasi angka 12,000 kes untuk tempoh 24 jam.

Selepas mencatatkan 11,557 kes semalam, jumlah kes hari ini direkodkan tertinggi setakat ini apabila mencatatkan 12,818 kes baharu.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 882,418 kes, manakala jumlah keseluruhan kematian bertambah kepada 25,484 orang selepas merekodkan 238 lagi kematian.

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 220,434 kes manakala provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian keseluruhan iaitu 6,779 orang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED