Sebanyak 3,111 pasar raya, 3,913 restoran, 829 kilang, 1,548 pasar tani/awam, 2,646 tempat ibadah serta 1,268 tempat riadah diperiksa.
Semalam PDRM juga menahan 514 individu atas kesalahan ingkar SOP. 495 telah dikompaun manakala 18 direman dan 1 dijamin.
Kawalan Sempadan Negara
Op Bentang telah berjaya menahan 42 PATI dan merampas 1 bot/kapal serta merampas 3 kenderaan darat
Sebanyak 444 SJR Op Benteng dilaksanakan seperti berikut:
Op Benteng/Penawar (PDRM, ATM dan RELA) (378)
Op Benteng PDRM (57)
Op Benteng AKSEM (9)
KPKT telah melakukan 13,828 operasi sanitasi merangkumi 145 zon
Semalam, sebanyak 84 operasi sanitasi telah dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 11 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan
Operasi ini melibatkan 622 anggota dengan 106 buah jentera JBPM
Kuarantin Wajib
Seramai 104,284 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
Semalam, seramai 954 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib
Tapak Binaan
Semalam, anggota penguatkuasa CIDB telah membuat pemeriksaan di 36 tapak binaan. 31 beroperasi manakala 5 lagi tidak beroperasi. Daripada jumlah itu, 28 tapak binaan mematuhi SOP, 1 tapak tidak patuh manakala 2 lagi diarah tutup.
Barang Keperluan Asas
Semalam Penguatkuasa KPDNHEP telah membuat 714 pemantauan harian ke atas 25 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (509), pemborong (176) dan pengilang (29) serta melakukan 1,722 pemeriksaan dan mendapati kesemua premis telah mematuhi arahan ditetapkan
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Tiga Daerah Bahagian Sibu, Sarawak iaitu Daerah Sibu, Daerah Selangau dan Daerah Kanowit bermula 16 Januari 2021 sehingga 29 Januari 2021.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan bermula 16 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021
Swab Test Kemasukan Pelajar
Kerajaan bersetuju bahawa IPT atau sekolah tidak boleh mengenakan syarat kepada pelajar untuk menjalani swab test sama ada untuk memasuki asrama atau untuk menduduki peperiksaan kecuali bagi pelajar yang bergejala.