Translate

13 October 2020

SOP BAHARU Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Di Selangor, WP Kuala Lumpur , WP Putrajaya: Ditahan-446 Dikompaun-407 Direman-37 Dijamin-2 (1 Video)




#PKPD dilaksanakan di penjara reman dan kuarters reman negeri, daerah Timur Laut, Pulau Pinang - DS Ismail Sabri

PKPB di Wilayah Persekutuan dan Selangor: Aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam - Ismail Sabri

Kawalan Pergerakan
PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.
Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Orang-orang yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi;
Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.

Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).

Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis.

Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB
• Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.
• Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck),
penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja,
gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka
dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
• Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran
(delivery) atau take-away sahaja. Walaubagaimanapun makan di
premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad
kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
• Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang
sahaja.
• Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang
sahaja.
• Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
• Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam

Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu
mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan
pengawasan anggota RELA.
• Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00
malam (kecuali pengoperasian Stesen Minyak di lebuhraya
dibenarkan beroperasi 24 jam)
• Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas
Ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.
• Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang
penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi
dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
• Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa
penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Perubatan dan Kesihatan
• Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan
secara 24 jam.
• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi
hingga 11.00 malam.
Sektor Ekonomi Dan Industri
• Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan
seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah
ditetapkan.

Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang
dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas
daerah dan negeri.
Perikanan, Perladangan dan Pertanian
• Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua
yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.
Pelabuhan dan Lapangan Terbang
• Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan
pelabuhan dibenarkan beroperasi.
Aktiviti Keagamaan
• Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid
untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan
kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa
masjid termasuk Imam.
• Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan
Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.
• Walaubagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan
Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan
kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor untuk diperkenankan.

Keputusan lanjut akan diumumkan oleh JAKIM dan Pihak Berkuasa
Agama Negeri Selangor dalam masa terdekat.
Aktiviti Riadah, Rekreasi dan Budaya
• Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak
dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat
rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang
adalah tidak dibenarkan.
Aktiviti Sukan
• Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak
bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang
adalah DIBENARKAN.
• Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan
penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.
• Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan
acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar
negeri TIDAK DIBENARKAN.
• Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis
Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan
secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di
Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi
Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan
Paralimpik Kg Pandan.

Pendidikan
• Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan
Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan
kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.
• Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang
mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara,
mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan
bukan untuk sesi pembelajaran.
Seminar / Bengkel / Persidangan
• Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan
aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and
Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan
yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan
latihan sahaja.
Mesyuarat
Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat
secara bersemuka adalah tidak digalakkan.
Penganjuran Majlis Keramaian
Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti
kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah,
doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran,
reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

Pelancongan
Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam
kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.



PKPP | SOP PKPB Bagi Selangor, Putrajaya & Kuala Lumpur

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED