Translate

28 October 2020

Polis Kelantan rampas dadah lebih RM250,000 dalam dua serbuan

                  

Polis Kelantan rampas dadah lebih RM250,000 dalam dua serbuan
BERNAMA
28/10/2020


KOTA BHARU, 28 Okt -- Polis Kelantan merampas 18,000 biji pil kuda, 500 gram (g) syabu dan lima botol heroin seberat 24g dengan anggaran nilai RM240,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Kereteh di sini pada pukul 9.15 malam Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan ACP Sheik Azhar Sheik Omar berkata, serbuan yang dilakukan hasil maklumat orang ramai berkaitan pengedaran dadah itu, turut menahan seorang lelaki berusia 52 tahun yang berada di rumah tersebut.

“Kita juga turut menyita wang tunai sebanyak RM4,599 serta sebuah Proton Iriz. Keseluruhan nilai sitaan itu sebanyak RM40,599,” katanya kepada pemberita pada sidang media di IPK Kelantan di sini, hari ini.

Sheik Azhar berkata, dalam serbuan awal sebelum itu pada pukul 5 petang di sebuah rumah di Kubang Kerian di sini, polis juga turut merampas dadah jenis syabu seberat 101.28g bernilai RM10,128 dan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun.

Katanya, pihaknya juga menyita sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR bernilai RM8,000 dan wang tunai sebanyak RM3,500.

Beliau berkata, polis meneruskan siasatan bagi mengenal pasti pembekal dadah tersebut dan kedua-dua suspek direman tujuh hari mulai hari ini hingga 3 Nov, untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 29 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 29 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 30 mins ago
A visitor from San jose viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 32 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 34 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 34 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '“Bodoh, Kandang Babi” Gamatkan Dewan Rakyat! Arau ' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Trump's Gaza plan for 'Riviera of the Middle East'' 2 hrs 56 mins ago