Translate

12 October 2020

PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Berkuatkuasa Jam 12.01 Tengah Malam 14 Oktober Hingga 27 Oktober 2020: Ditahan-663 Dikompaun-617 Direman-44 Dijamin-2



PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya bermula 14 Oktober
Astro Awani
12 Oktober 2020


PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober ini.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB itu akan berkuat kuasa sehingga 27 Oktober.

Menurut beliu, keputusan itu diambil selepas mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta peningkatan kes positif COVID-19 sejak kebelakangan ini.

"Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan daerah-daerah lain," katanya dalam sidang media pada Isnin.

Dengan pelaksanaan PKPB, Ismail Sabri berkata, pergerakan keluar masuk/ merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

"Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat

kebenaran daripada majikan. Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk
membeli barangan keperluan," katanya lagi.

Selain itu, beliau berkata, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, tahfiz, taman awam, masjid dan rumah ibadat, pusat rekreasi, serta pusat hiburan dan kelab malam ditutup.

Larangan itu, katanya, termasuk semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial, budaya, dan termasuk majlis perkahwinan tidak dibenarkan.

"Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

"Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat," katanya lagi.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS:
https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/pkpb-di-selangor-kl-dan-putrajaya-bermula-14-oktober-263197


12 October 2020

Defence Minister Ismail Sabri Yakoob’s latest press conference, he announced that Kuala Lumpur, Selangor and Putrajaya will be put under Conditional Movement Control Order (CMCO) starting 12am on 14 October and will last for about two weeks until 27 October.


Under CMCO, these are the activities that are allowed and not allowed:

Inter-district travel is banned unless for workers who need to leave the district with a permission letter from their employee
Only two people are allowed to leave the house only to get food and supplies
All schools, universities, skill training centres, kindergartens, public parks and recreational centres are closed
Mosques and non-islamic house of worships are closed
Entertainment centres and night clubs will also be closed
All social activities including weddings will not be allowed
However, all economic activities in Selangor, KL and Putrajaya are allowed to operate as per usual
A further and more detailed list of Standard Operating Procedures (SOP) procedures will be announced by the National Security Council (MKN) soon.


1.Task Force Operasi Pematuhan •2,796 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 10,391 anggota telah membuat 41,459 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

3. Operasi Sanitasi Awam •KPKT telah melakukan 10,401 operasi sanitasi merangkumi 135 zon. •Sebanyak 21 operasi sanitasi meliputi 2 Zon Merah, 10 Zon Kuning dan 4 Zon Hijau di 7 buah negeri iaitu:
•Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan.
oSarawak (7 operasi) oTerengganu (4 operasi) oSabah (3 operasi) oMelaka (3 operasi) oPulau Pinang (2 operasi) oPahang (1 operasi) oKedah (1 operasi) •Operasi ini melibatkan 197 anggota JBPM serta 148 anggota PBT dan 4 dari agensi-agensi lain.

4. Kuarantin Wajib •46,655 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
•9,473 individu sedang jalani kuarantin wajib di 68 Hotel dan 18 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.
•381 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 36,801 individu telah dibenarkan pulang ke rumah.

5. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Di Sabah •Sidang khas MKN bersetuju untuk melaksanakan PKPB di seluruh negeri Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Oktober 2020.
Antara SOP adalah seperti berikut: •Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
•Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. •Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
•Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup. •Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan. •Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
•Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhui SOP ketat yang akan dikeluarkan oleh MKN. •Pasar Borang, Pasar harian (6.00 pagi – 2.00 petang). •Kedai barang keperluan dan kedai runcit (6.00 pagi – 6.00 petang)
•Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6.00 pagi – 6.00 petang). Terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away. •Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6.00 pagi – 6.00 petang)
•Perkhidmatan teksi/ e-hailing dan penghantaran makanan juga dibenarkan (6.00 pagi – 8.00 malam). •Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi. •Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6.00 pagi hingga 6.00 petang)
•Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam. •Sektor perikanan, perladangan, pertanian dibenarkan. •Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk IKS yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

6.PKPD Felda Umas, Tawau •Sidang hari ini bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Umas yang akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober 2020 yang melibatkan 800 buah rumah dengan seramai 17,549 penduduk.
•Semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya: •Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing. •Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
•Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM. •KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.
•Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri. •PDRM, ATM, APM, RELA, PBT dan pegawai yang diberi kuasa akan mengawal seluruh kawasan terlibat. Rujuk laman sesawang MKN untuk maklumat lanjut.

7.PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya •Sidang khas MKN bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut: •Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Pekerja yang perlu merentas daerah perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
•Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. •Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
















Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED