PKPB empat zon merah di Sabah dan Selangor mulai 9 Oktober
Astro Awani
7 Oktober 2020
KUALA LUMPUR: Kerajaan setuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata empat kawasan tersebut merupakan kawasan yang baharu diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19.
“Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” katanya pada sidang media menerusi laman Facebook Live pada Rabu.
Source: Astro Awani
Kompaun akan dikeluarkan serta-merta di lokasi, ini 5 tumpuan kenyataan media PKPP
Astro Awani
7 Oktober 2020
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara membenarkan Polis Diraja Malaysia untuk mengeluarkan kompaun secara serta-merta di lapangan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh pegawai berpangkat Inspektor ke atas.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (7 Oktober 2020):
1) Seramai 357 individu ditahan semalam (6 Oktober) kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2) Pihak berkuasa berjaya menahan 38 pendatang asing tanpa izin (PATI), dua tekong dan empat penyeludup menerusi Operasi Benteng.
3) Kompaun akan dikeluarkan secara serta-merta di lapangan kepada individu yang melanggar SOP PKPP oleh pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
4) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar di rumah pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak, di Alor Setar ditamatkan mulai 12.01 tengah malam (8 Oktober).
5) Kerajaan setuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob
PKPP | PKPB Di Papar, Sandakan, Tuaran di Sabah & Klang di Selangor
PKPP | Jabatan Penjara Diminta Bentangkan SOP Baharu
PKPP | Kawalan Sempadan Akan Diperketat
PKPP | Kompaun Akan Dikenakan Serta-merta
PKPP | PKPD Di Rumah Pangsa Tongkang Yard Ditamatkan