Translate

09 October 2020

LIVE – PKPP: Sidang Media MKN oleh DS Ismail Sabri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)


 

          




Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
(9 Oktober 2020)

1.Task Force Operasi Pematuhan

•3,205 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 13,211 anggota telah membuat 50,218 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.

•3,297 pasar raya, 4,062 restoran serta 1,178 penjaja, dan 1,547 pasar awam/tani telah diperiksa.

• Turut diperiksa, 2,929 tempat ibadah serta 1,183 tempat riadah.

• PDRM telah menahan 381 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 370 individu telah dikompaun, 9 direman dan 2 dijamin.

• Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:

o Tidak memakai pelitup muka (144)
o Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (125)
•Penjarakan Fizikal (68)
o Aktiviti di pusat hiburan (32)
o Keluar rumah di kawasan PKPDB (Sabah) tanpa alasan munasabah (7)

o Langgar Perintah Kuarantin (2)
o Tangkapan Pendatang Tanpa Izin (2)
o Masuk kawasan PKPDB Sabah tanpa alasan munasabah (1)

2. Kawalan Sempadan Negara

• Ops Benteng telah berjaya menahan 57 PATI dan merampas 9 kenderaan darat.

• Sebanyak 102 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng juga dilakukan diseluruh negara yang melibatkan:

o PDRM – 80 SJR
o ATM – 12 SJR
o AKSEM – 10 SJR

•Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan.

3. Operasi Sanitasi Awam

•KPKT telah melakukan 10,310 operasi sanitasi merangkumi 135 zon.

• Sebanyak 15 operasi sanitasi meliputi 3 Zon Kuning dan 7 Zon Hijau di 7 buah negeri iaitu:

o Sabah (1 operasi),
o Melaka (3 operasi),
o Terengganu (6 operasi),
o Pulau Pinang (4 operasi)
o Sarawak (1 operasi)
o Pahang (1 operasi)
o WP Putrajaya (1 operasi)

• Melibatkan 59 anggota Jabatan JBPM serta 152 anggota PBT dan 7 daripada agensi-agensi lain.

4. Kuarantin Wajib

• Dari 24 Jul hingga 8 Okt 2020, seramai 44,541 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

• 9,719 individu sedang jalani kuarantin wajib di 67 Hotel dan 15 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

• 129 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 34,693 individu telah discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.

4. Situasi Di Sabah

PKPD Penjara Tawau Dan Kuarters Penjara Taman Ehsan

•Kerajaan sebelum ini telah melanjutkan PKPD di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan bermula 26 September sehingga 9 Oktober 2020.

•Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, Sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPD di kawasan ini bermula 10 Oktober sehingga 25 Oktober 2020.

PKPD Bersyarat di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu

•PKPD Bersyarat di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu bermula 29 September dan dijadualkan akan berakhir 12 Oktober 2020 akan dilanjutkan.

•Sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPD Bersyarat di daerah-daerah ini bermula jam 12.01 tengah malam 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020.

•Kerajaan juga telah bersetuju untuk menambah jumlah anggota dan aset keselamatan di Pantai Timur Sabah.

•Beberapa tindakan kawasan pesisir pantai ESSZONE iaitu:
• Pergerakan keluar bot kecil dari pulau ke tanah besar termasuk pergerakan bot di kawasan pesisiran pantai bagi tujuan membeli makanan dan keperluan asas hanya dibenarkan mulai jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.

• Bagi bot-bot nelayan dan bot membawa ikan di perairan ESSZONE yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan hanya dibenarkan dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang (di jeti-jeti yang dibenarkan sahaja). Kebenaran ini tertakluk kepada permit yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah

• Bagi semua kapal Non Conventional Ships (NCS) dari Indonesia dan Filipina yang memasuki perairan ESSZONE, Sabah, Malaysia bagi tujuan aktiviti Barter Trade dan Transhipment adalah tidak dibenarkan.

PKPD Di Semporna Dan Kunak

•Sidang Khas hari ini bersetuju untuk

anakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Daerah Semporna dan Kunak melibatkan seramai 35,643 penduduk berkuatkuasa 11 Okt hingga 24 Okt 2020

Di Semporna ia melibatkan 6 lokaliti iaitu;

• Kampung Bangau-Bangau
• Kampung Panji
• Kampung Air
• Kampung Selamat
• Kampung Simunul
• Kampung Pinggir Bakau

Di Kunak melibatkan 1 lokaliti iaitu

• Kampung Pangkalan

Dengan pelaksanaan perintah ini semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya:

• Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.

• Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM

• Semua sekolah, masjid dan rumah ibadat lain ditutup sepanjang tempoh ini.

• Semua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi.

• Aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan.

• KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.

• Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.

•PDRM, ATM, APM, RELA, PBT dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang MKN.

Penganjuran Majlis Perkahwinan di Kawasan PKPDB

•Sidang khas telah bersetuju membenarkan majlis perkahwinan diteruskan dengan menepati setiap SOP yang telahpun diperkenalkan dan penambahan syarat baharu.

•Bagi penganjuran majlis perkahwinan di kampung atau taman perumahan ianya perlu dilakukan dengan pengawasan anggota RELA dan jika diadakan di hotel ianya perlu dengan pengawasan daripada pihak pengurusan hotel.

•Bagi penganjuran majlis yang kurang daripada 100 jemputan (2 anggota RELA), 100 hingga 300 jemputan ( 3 anggota RELA) 300 hingga 500 jemputan (4 anggota RELA) dan bagi yang melebihi 500 jemputan akan ditetapkan oleh RELA mengikut jumlah kehadiran dan ruang kawasan majlis.

•Bagi jemputan dari luar kawasan PKPDB mereka perlu menunjukkan kad jemputan majlis perkahwinan ketika melalui Sekatan Jalan Raya yang diadakan.

PKPD Penjara Pokok Sena

•Setelah berbincang dengan Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD di kawasan Penjara Pokok Sena termasuk kuarters kakitangan selama 14 hari berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 11 Oktober 2020 sehingga 24 Oktober 2020.

Jumlah penghuni yang terlibat adalah seramai 3,262 tahanan dan 587 kakitangan.

•Sepanjang tempoh ini juga, sebarang pergerakan keluar masuk melibatkan kawasan ini termasuk lawatan oleh keluarga tahanan adalah tidak dibenarkan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED