Translate

31 October 2020

Kanak-Kanak 5 Tahun Dirogol Bapa Saudara

Mohd Hafiz Muhammad Nor

Kanak-kanak 5 tahun dirogol bapa saudara
Astro Awani
31 Oktober 2020


JEMPOL: Seorang lelaki ditahan setelah disyaki merogol anak saudaranya yang berusia lima tahun di dalam tandas Air Terjun Kem D-Bana Ayer Hitam, di sini, pada 23 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan murid tadika dibawa ke kem rekreasi berkenaan bersama dua sepupu lelaki berusia enam dan empat tahun oleh suspek seorang penganggur berusia 22 tahun.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 petang semasa mangsa sedang membersihkan diri di dalam tandas.

"Sebaik pulang ke rumah pada jam 4 petang, mangsa telah menceritakan kejadian kepada neneknya yang kemudian telah membuat laporan polis," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor dalam satu kenyataan.

Mangsa dibawa ke Hospital Jempol dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

Menurut Mohd Hafiz lagi, mangsa yang sebelum ini tinggal bersama ibunya di Puchong, Selangor telah berada di rumah neneknya di Kampung Dusat, Ayer Hitam, Bandar Seri Jempol sejak pertengahan bulan lalu.

"Suspek yang tidak bekerja telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 38 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 54 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'President Xi Jinping concludes three-day state vis' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Berlin viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 2 hrs 18 mins ago