Translate

13 October 2020

COVID-19 Malaysia - Kenyataan Terperinci /Akhbar oleh KP Kesihatan Malaysia | 13 Oktober 2020


Kenyataan Akhbar KPK 13 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 350 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini iaitu jumlah yang tertinggi sejak permulaan pandemik di Malaysia. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 11,372 kes (67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 13 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 660 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,880 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,345 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 660 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) bukan warganegara iaitu dari:

  • India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan; dan
  • Nepal: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada 658 kes penularan di dalam negara, 618 kes adalah warganegara Malaysia dan 40 kes adalah bukan warganegara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 443 kes
    • 162 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 38 kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada;
    • 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Semarak;
    • 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bina;
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sabindo;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bestari; dan
    • 214 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 76 kes
    • 45 kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Sembilan (9) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Lima (5) kes saringan bergejala;dan
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kenangan.
  • Kedah: 60 kes daripada Kluster Tembok.
  • Pulau Pinang: 23 kes 
    • 18 kes daripada Kuster Penjara Reman;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Jawi; dan
    • Dua (2) saringan kendiri.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 18 kes
    • Sembilan (9) kes saringan petugas kesihatan;
    • Enam (6) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perak: 16 kes daripada Kluster Tembok.
  • Johor: 10 kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster aktif sediada; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 9 kes
    • Enam (6) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster aktif sediada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Negeri SembilanDua (2) kes daripada kluster-kluster aktif sedia.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru.

Sehingga kini, terdapat 101 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 163 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematianKesJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang
16016315Perempuan WN84Hospital Duchess of Kent  Penyakit darah tinggi dan dislipidemia  
16116316Lelaki WN83Hospital Duchess of Kent  Penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia
16216662Perempuan BWN36Hospital SempornaPenyakit tuberkulosis dalam rawatan
16316663Lelaki WN59Hospital TawauPenyakit buah pinggang kronik

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

SARINGAN KESIHATAN DI PINTU MASUK DOMESTIK DAN ANTARABANGSA BAGI PENGUNJUNG DENGAN SEJARAH PERJALANAN PULANG DARI SABAH DITERUSKAN

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 394 kes positif COVID-19 yang melibatkan pengunjung dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah sejak 22 September 2020. Dari jumlah itu, sebanyak 228 kes (57.9 peratus) adalah dalam kalangan pengunjung yang tiba sebelum 27 September 2020, manakala sebanyak 166 kes (42.1 peratus) lagi adalah dalam kalangan pengunjung yang tiba selepas 27 September 2020. Secara keseluruhan sehingga 13 Oktober 2020, seramai 18,478 individu dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah telah disaring di semua pintu masuk antarabangsa dan domestik.

Untuk makluman juga, sehingga kini terdapat sebanyak 23 kluster di seluruh Malaysia yang disebabkan oleh kes indeks yang juga merupakan pengunjung dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah. Walau pun KKM telah melaksanakan saringan COVID-19 kepada semua pengunjung dari Sabah sejak 27 September 2020 dan mengeluarkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO)sehingga keputusan ujian negatif dimaklumkan, kes dan kluster berkaitan kelompok ini masih terus dilaporkan.

Bagi membantu menangani isu ini dan dengan mengambil kira situasi kenaikan jumlah kes COVID-19 di Sabah, semua pengembara yang tiba dari Sabah wajib menjalani saringan kesihatan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa dan Domestik, diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh ketibaan, dipakaikan gelang (wristband) dan perlu memantau kesihatan kendiri menggunakan Home Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. Langkah ini telah bermula 11 Oktober 2020 sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Situasi semasa berkaitan isu ini adalah dipantau rapi oleh KKM dan sebarang perubahan dalam pendekatan yang diambil akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara.

ENAM (6) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:

  • Sabah – Empat (4) kluster;
  • Selangor – Satu (1) kluster; dan
  • Penang – Satu (1) kluster.

1)KLUSTER SEMARAK, SABAH

Kluster baharu ini dikenal pasti di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12200) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER BINA, SABAH

Kluster baharu ini dikenal pasti di Beaufort, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15575) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke Hospital Sipitang pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 45 individu negatif.

3) KLUSTER SABINDO, SABAH

Kluster baharu ini dikenal pasti di Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11897) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19;
  • 51 individu negatif; dan
  • 11 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER BESTARI, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14830) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 18 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 26 individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER BAH KENANGAN, SELANGOR

Kluster baharu ini melibatkan melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11802) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari Kawasan Berisiko Tinggi (Sabah) pada 2 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19;
  • 15 individu negatif; dan
  • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER PENJARA JAWI, PULAU PINANG

Kluster baharu ini dikenal pasti di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Tiga (3) tahanan telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan dari Penjara Reman Timur Laut pada 11 Oktober 2020. Mereka semua tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Pusat Rawatan Berisiko Rendah.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 226 individu telah disaring, di mana:

  • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
  • 61 individu negatif; dan
  • 162 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 13 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH4435,064
W.P. KUALA LUMPUR10 (1)2,792
SELANGOR762,746
KEDAH601,739
NEGERI SEMBILAN21,083
JOHOR10826
SARAWAK0752
PAHANG1386
PULAU PINANG23336
PERAK16319
MELAKA0274
KELANTAN0171
TERENGGANU0157
W.P. PUTRAJAYA0119
W.P. LABUAN19 (1)78
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN660 (2)16,880

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Lampiran 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(13 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian
1TembokKedah, PerakKota Setar, Kamunting, Kubang Pasu, Pendang761,3346,4391,318 (12)15841
2Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan231,01516,40892 (1)9223821
3Penjara RemanPulau PinangTimur Laut181782,685177 (0)0241  
4SemarakSabahTawau13141914 (0)000

*BWN = Bukan Warganegara

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian
5Bah TropicanaSelangorPetaling122615926 (0)000
6SimeraTerengganu,Pahang, Selangor, Negeri SembilanBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Port Dickson112224312 (0)00  0  
7BinaSabahBeaufort10145914 (0)040
8Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, PahangHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Temerloh79781097 (0)010
9UtamaSelangorGombak, Petaling72224622 (0)050
 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian
10Kau SingSabahTawau7155110 (0)520
11SabindoSabahTawau4147614 (0)000
12Sungei WaySelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Gombak, Titiwangsa32618926 (0)000
           

*BWN = Bukan Warganegara

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian
13.TanameraSabahTawau3258022 (0)320
14.Penjara JawiPulau PinangSeberang Perai Selatan332263 (0)000
15.Benteng PKSelangorKlang, Kuala Langat25442254 (0)0440
16.BestariSabahSandakan2194519 (0)000
17.KhazanahSabahLahad Datu21665216 (0)000
18.RintingMelaka, JohorMelaka Tengah, Johor Bahru21016710 (0)000
19Bah BundleWP LabuanLabuan264326 (0)000
20.Jalan BombaSabahSandakan25923 (0)002
21.PulauSabahKunak, Semporna, Tawau1521,0365 (0)4750
 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian
22.Bah KasturiNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, SelangorSeremban, Cheras, Putrajaya, Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak, Kuala Langat11930819 (0)000
23.BaiduriSelangorHulu Langat1194219 (0)000
24.Bah KenanganSelangorHulu Langat1183818 (0)000
25.TasikSarawak, SelangorMiri, Petaling, Hulu Langat, Klang11312713 (0)000
26.Bah BangatWP LabuanLabuan11080310 (0)050
           
27JelokWPKL & Putrajaya, SelangorKepong, Hulu Langat, Petaling15325 (0)000

*BWN = Bukan Warganegara

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED