Translate

31 October 2020

Beroperasi Tanpa Lesen, Tiga Premis Diarah Tutup - DBKL

             


Beroperasi tanpa lesen, tiga premis diarah tutup - DBKL
BERNAMA
31/10/2020 07:48 PM


KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Sebuah pusat hiburan dan dua rumah urut yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di tiga lokasi berasingan di sini, ditutup selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati ketiga-tiga premis berkenaan beroperasi tanpa lesen.

Menurut kenyataan DBKL hari ini, penutupan itu dilakukan dalam operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Hiburan dan Rumah Urut/Pelacuran di Jalan Yew Bukit Bintang, Prima Setapak Wangsa Maju dan Jalan Radin Tengah Seputeh, di sini malam tadi.

“Dua notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta satu notis pemberitahuan kesalahan di bawah Akta Hiburan 1992,” demikian menurut kenyataan itu.

Selain itu, DBKL turut menyita 29 barangan daripada premis terbabit seperti kamera litar tertutup (CCTV), televisyen, kondom, pembesar suara, monitor, komputer dan lain-lain peralatan.

Operasi melibatkan lapan pegawai dan 52 anggota daripada Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

-- BERNAMA











Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelajar MRSM dilaporkan hilang ditemukan selamat d' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 2 hrs 21 mins ago