Translate

24 August 2020

Sebalik Tabir Bagaimana PN Ambil Alih Kerajaan Dikongsikan bila Pertama Kalinya 5 Setiausaha Agung Berkongsi Pentas Di PRK Slim

 

 

 PPBM
   

 UMNO
   

 PAS
   

 MCA 
 

 MIC 
 


Setiausaha Agung BN, Bersatu, PAS sepentas di PRK Slim

Bernama
Setiausaha Agung BN, Bersatu, PAS sepentas di PRK Slim
Kelihatan, Annuar (tengah), Takiyuddin (dua, kanan), Hamzah (dua, kiri), Chong (kiri) dan Asojan (kanan) yang bergambar bersama pada Ceramah Muafakat sempena PRK DUN Slim di Dewan Felda Trolak malam tadi. -- fotoBERNAMA
TANJUNG MALIM: Lima setiausaha agung parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) buat julung kalinya berada sepentas bagi berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, malam tadi.
Mereka ialah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Bersatu), Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Datuk Chong Sin Woon (MCA) dan Datuk M. Asojan (MIC).
Ceramah di Dewan Serba guna Felda Trolak Utara itu antaranya berkisar mengenai kerjasama parti-parti PN yang dilakukan demi menyelamatkan masa depan negara daripada pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang mula tidak disenangi rakyat.
Annuar berkata agenda rakyat yang dijanjikan tidak dapat dilaksanakan ketika pemerintahan PH, tetapi kini kesemua pemimpin dalam kerajaan PN bekerjasama berkongsi pengalaman dalam membantu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mentadbir negara.
"Negara mesti diselamatkan, negara perlu ada nakhoda dan kerosakan dibuat PH mesti dibetulkan," katanya.
Dalam pada itu, Hamzah menjelaskan Bersatu terpaksa berkorban sehingga digelar pengkhianat kerana meninggalkan PH demi menyelamatkan negara selepas 22 bulan di bawah pentadbiran PH.
"Kami berkorban untuk menjadi penyelamat, untuk menentukan kuasa membela rakyat, bukan pengkhianat seperti didakwa," katanya.
Chong dah Asojan pula masing-masing menyifatkan pentadbiran PN telah terbukti membawa Malaysia ke arah lebih baik meskipun diuji dengan wabak COVID-19 dengan mengambil tindakan berani termasuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ini disokong oleh Takiyuddin yang ketika berucap meminta rakyat di DUN Slim, khususnya penyokong PAS, agar mengundi calon BN pada PRK berkenaan Mohd Zaidi Aziz demi meneruskan agenda PN membela rakyat.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED