Translate

20 August 2020

Satu kluster baharu iaitu Kluster Alam telah diisytiharkan di Sarawak

COVID-19: Kluster Alam diisytiharkan di Sarawak

BERNAMA


20/08/2020 05:41 PM

KUCHING, 20 Ogos -- Satu kluster baharu iaitu Kluster Alam telah diisytiharkan di Sarawak setelah empat daripada kru kapal yang berlabuh di Pelabuhan Bintulu disahkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini, kapal tangki minyak yang berdaftar di Pelabuhan Klang itu mempunyai sejarah pelayaran ke Pelabuhan Toyama Shinko, Jepun dari 27 Julai hingga 1 Ogos, sebelum singgah di Pelabuhan Labuan pada 10 Ogos lalu.

“Semasa dalam perjalanan ke perairan Bintulu, kapten kapal telah memaklumkan kepada ejen kapal berkenaan terdapat dua anak kapal yang sakit dan memerlukan rawatan di hospital.

“Siasatan awal menunjukkan kluster ini berpunca daripada jangkitan luar negara iaitu kemungkinan dibawa oleh kru yang sign on (mendaftar) ke atas kapal semasa singgah di pelabuhan antarabangsa. Siasatan lanjut ke atas kluster ini masih dilakukan dan pengesanan serta saringan ke atas semua kontak sedang giat dijalankan,” kata kenyataan itu.

Menurut JPBN, Kluster Pasar Stutong telah diisytiharkan tamat setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari selepas kes terakhir dilaporkan.

Selain Kluster Alam yang baru diisytihar itu, kluster lain yang masih aktif di negeri ini terdiri daripada Kluster Syarikat Kejuruteraan, Kluster Mambong, Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching dan Kluster Pasar Satok.


-- BERNAMA

Image

Image

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED