You Tube Harian Metro
4 Ogos 2020
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Kulai pada Selasa, 4 Ogos, atas kesalahan mengedar dadah yang disembunyikan dalam pembesar suara dan dihantar melalui syarikat kurier, Mei lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Kok Choon King, 26, dan Hiu Sie Jia, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.
Choon King dan Sie Jia didakwa secara bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 516 gram.