Translate

19 August 2020

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengemukakan permohonan rasmi kepada Ros (1 Video)


 Pejuang daftar secara rasmi, guna huruf Jawi 'Pa' sebagai logo

   

 Pejuang serah permohonan pendaftaran kepada RoS

BERNAMA

19/08/2020 08:34 PM

PUTRAJAYA, 19 Ogos -- Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengemukakan permohonan rasmi penubuhannya sebagai parti politik kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Datuk Seri Mukhriz Mahathir, antara pengasas parti itu, berkata pihaknya datang ke RoS hari ini membawa borang permohonan dan dokumen sokongan untuk pertimbangan jabatan tersebut walaupun telah membuat permohonan pendaftaran secara dalam talian.

"RoS pastinya akan meneliti setiap butiran daripada permohonan ini untuk memastikan kita telah mematuhi syarat-syarat berkaitan Akta Pertubuhan 1966.

"Kita berharap RoS akan meluluskan pendaftaran Pejuang secepat mungkin supaya kita boleh terlibat dalam sistem demokrasi di negara ini sebagai sebuah parti politik yang sudah berdaftar," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang permohonan pendaftaran itu di sini.

Mukhriz berkata parti itu akan menggunakan logo bermotifkan huruf Jawi “pa” yang mewakili maksud pejuang manakala tiga titik adalah lambang tiga rukun iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.

Pada 7 Ogos lepas, bekas perdana menteri keempat dan ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu yang kemudiannya dinamakan sebagai 'Pejuang'.


Dr Mahathir dilaporkan berkata parti itu akan dipimpin oleh anaknya Mukhriz sebagai presiden dan beliau sebagai pengerusi.

-- BERNAMA







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 10 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 36 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 47 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada Lagi Lesen Import Baharu Rokok Mulai 1 Janua' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Malacca viewed 'Garis Panduan Majlis Akad Nikah - JAWI | BEST FBKL' 1 hr 39 mins ago