Translate

23 August 2020

KKM Menyaran MKN laksana PKPP sehingga Covid-19 terkawal (1 Video)




KKM Saran Kerajaan Lanjutkan PKPP



Harian Metro
23 Ogos 2020

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melanjutkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang dijadualkan akan berakhir pada 31 Ogos ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan Covid-19 akan berlangsung tidak kurang dua tahun, selain negara perlu membuat persiapan bagi menghadapinya.

"Dua tahun makan masa yang lama. PM (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun ada melancarkan kebudayaan norma baharu, rakyat perlu faham bahawa perlu sama-sama tangani penularan Covid-19.

"Untuk PKPP akan berakhir 31 Ogos ini yang diumumkan PM, Kementerian Kesihatan sudah pun membuat saranan kepada Majlis Keselamatan Negara dan PM yang mana PKPP dipertimbangkan untuk kita laksanakan sehingga keadaan lebih terkawal.


"Jadi terpulang yang berhormat (PM) untuk umumkannya dalam masa terdekat, dan kita lihat di negara lain masih bergelut dan kes meningkat, kes import di negara yang tertentu bertambah.

"Di negara kita, kita (kementerian/kerajaan) masih memperkukuh dan kita mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Prihatin 10gara Selamat di Dewan Raya FELDA Bukit Besar, dekat Kulai, hari ini.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

DR Adham (kiri) menyampaikan feadah hilang upaya kekal Perkeso kepada Zainuddin Sitam sambil diperhatikan Mohammed Azman (kanan) selepas merasmikan Program PERKESO Prihatin Negara Selamat. FOTO Zain Ahmed



Dalam pada itu, berhubung denda RM1,000 yang dikenakan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sehingga mendapat kritikan pelbagai lapisan masyarakat, Adham berkata, ia bergantung kepada keputusan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa.

"Yang itu (denda RM1,000) sudah diselesaikan. Datuk DG (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) dah komen dalam Twitter.

"Kita (KKM) tengok pelbagai angle (sudut). Untuk kompaun maksimum RM1,000 (mengikut Akta Pencegahan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), kalau ada (pihak berkuasa) nak dakwa lain itu terpulang," katanya.

Terdahulu, KKM dalam kenyataannya, berkata Mohd Khairuddin melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].

Ia memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Source : Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED