Translate

21 August 2020

86 ditahan ingkar PKP



86 ditahan ingkar PKP, ini lima tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan
Astro Awani

21 Ogos 2020

KUALA LUMPUR: Seramai 77 individu dikenakan tindakan kompaun manakala sembilan lagi direman kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.
Penahanan itu dibuat selepas 56,760 pemeriksaan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Berikut lima tumpuan utama kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

1) 77 individu dikompaun, sembilan lagi direman kerana ingkar arahan PKP

2) Sebanyak 3,809 pasar raya, 5,054 restoran serta 1,340 penjaja, 1,209 kilang, 3,742 bank, 674 pejabat kerajaan, 1,110 terminal pengangkutan darat, 203 terminal pengangkutan air dan 98 terminal pengangkutan udara diperiksa setakat ini.

3) 32,279 kenderaan diperiksa dalam 63 sekatan jalan raya sempena Operasi Benteng di sempadan negara.

4) 1,103 pemeriksaan khas dilakukan Pegawai penguatkuasa KPDNEHP berkenaan Pematuhan SOP PKPP, 1,089 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 13 premis diberi nasihat dan 1 premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP.

5) 12,862 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,699 pusat perniagaan, 5,660 bangunan kerajaan, 1,594 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,555 tempat awam dan 354 pasar raya.

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED