Astro Awani
23 Ogos 2020
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 135 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan 12 daripada mereka direman manakala 123 individu pula dikenakan kompaun atas beberapa kesalahan.Berikut merupakan lima perkara penting dalam kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, 23 Ogos 2020:
1) PDRM tahan 135 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
2) 12 individu direman manakala 123 individu dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan termasuk terlibat dalam aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial.
3) PDRM membuat 62 Sekatan Jalan Raya Op Benteng di seluruh negara dan memeriksa 28,272 kenderaan.
4) KPDNHEP melakukan 1,302 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP, 14 premis diberi nasihat.
5) Seramai 15,866 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa diarahkan jalani kuarantin wajib sejak 24 Julai hingga 22 Ogos.
Source : Astro Awani