Translate

18 December 2018

Mengamuk Bawa Parang di Puchong - dua lelaki reman




Published on 17 Dec 2018
Ekoran video tular berhubung insiden pergaduhan antara pemilik bengkel dan pelanggan di Taman Putra Perdana , Puchong Selangor tengah hari semalam.... Polis sahkan dua lelaki telah direman selama 4 hari bermula hari ini. Kedua dua suspek adalah pemilik bengkel kereta terbabit. Dalam video tular mendapati suspek menyerang mangsa yang juga pelanggannya serta beberapa individu lain. Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abd. Aziz Ali berkata kejadian berlaku kira kira jam 5. 45 petang semalam selepas pemilik sebuah kereta Alza datang ke bengkel berkenaan. Namun bengkel itu ditutup kerana cuti hujung minggu. Bagaimanapun mangsa mendakwa ternampak lelaki lain membuka bonet kereta dan mengambil bateri miliknya. Ia menyebabkan mangsa menghubungi pemilik bengkel berkenaan . Selepas datang, pemilik bengkel didakwa meminta mangsa membayar kos membaiki 410 ringgit dan tambahan 200 kerana perlu datang pada hari Ahad. Pertengkaran menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum mangsa diserang dengan parang dan pemadam api. Mangsa mengalami kecederaan dan sempat melarikan diri sebelum menjalani rawatan di hospital Putrajaya sebagai pesakit luar. Hasil siasatan juga mendapati suspek merosakkan beberapa kenderaan awam dan berlaku pergaduhan selepas mereka dikatakan mengeluarkan kata kata berbaur perkauman. Kejadian dapat diredakan apabila polis sampai dan menahan dua lelaki berkenaan yang melarikan diri dalam premis mereka selepas kejadian itu. Polis sedang melengkapkan siasatan sebelum menyerahkan kepada pihak pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut seskyen 148 kanu. Keseksaan kerana merusuh

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 43 mins ago
A visitor from Jakarta viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysian cardinals vote in election of new pope |' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Thief Snatches Handbag of US Dept of Homeland Secu' 2 hrs 37 mins ago