Translate

24 December 2018

Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Mohd Radzi rebah dan disahkan meninggal dunia, selepas muncul untuk membuat persembahan di Panggung Anniversari



USTAZ Radzi ketika kali terakhir dilihat muncul di pentas pada program anjuran SENIMAN dan DBKL, malam tadi. - Foto Ihsan Babah Lan
Penyanyi 'Cinta Untuk Nabila' meninggal dunia



Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my
Berita Harian Online






KUALA LUMPUR: Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Mohd Radzi Abdul Hamid Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Radzi, rebah dan disahkan meninggal dunia, selepas muncul untuk membuat persembahan di Panggung Anniversari di sini, malam tadi.



Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, difahamkan, Radzi, 52, dan anggota band Melissa, sempat tampil di pentas beberapa saat sebelum rebah pada program yang dianjurkan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).




Radzi kemudian dibawa ke belakang pentas untuk diperiksa dan kira-kira 45 minit kemudian, menghembuskan nafas terakhirnya.



Mengikut entri dimuat naik pengacara program itu, DJ Kzie Ahmad di Facebook (FB), Allahyarham Radzi yang sepatutnya mendendangkan lagu Kami Mat Rock pada program itu, rebah dalam keadaan bersujud.



ALLAHYARHAM Radzi (duduk) dan anggota band Melissa sempat merakamkan gambar sebelum muncul di pentas, malam tadi. - Foto Ihsan Babah Lan



Difahamkan, Allahyarham dan anggota kumpulan Melissa yang lain mengisi slot terakhir pada persembahan itu. Jenazah Allahyarham yang diiringi dua anaknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.



Mengikut maklumat diterima, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Hutan Terabak, Jitra, Kedah dan dikebumikan petang ini.



Selain lagu Cinta Untuk Nabila, Melissa popular dengan lagu Lambaian Sayonara, Wajahmu Di Mataku dan Memikat Cahaya pada era 1980-an hingga 1990-an.



Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED