Translate

24 December 2018

6 individu yang didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya berhubung kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield




Rusuhan kuil: 6 lagi didakwa

MyMetro
Mutakhir


ENAM individu yang didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya berhubung kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman. FOTO Eizairi Shamsudin


BERNAMA



ENAM lagi lelaki, termasuk Presiden Persatuan India Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini atas pelbagai pertuduhan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor, menjadikan jumlah yang didakwa seramai 24 orang.

M Manimaran, 38, dan lima yang lain bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.

Manimaran didakwa atas tiga pertuduhan iaitu menghalang tugas penjawat awam, merusuh dan mencederakan manakala Mohammad Shahril Danniel Sajel, 22; Mohammad Saifullah Abdullah, 31; Muhammad Hasneezam Shah Samsudin, 29; Akmal Izzat Aziz, 24; dan Mohd Norul Ismawi Islahuddin, 40, masing-masing menghadapi satu pertuduhan iaitu berada dalam rusuhan dengan pelbagai senjata.

Mengikut pertuduhan pertama, Manimaran bersama mereka yang telah dituduh dan masih bebas didakwa telah menghalang tugas pegawai dan anggota polis mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Dia turut dituduh bersama 50 lagi anggota kumpulan yang menyalahi undang-undang dan masih bebas, telah melakukan rusuhan dengan tujuan untuk menghalang laluan kenderaan kereta peronda polis untuk keluar dari kawasan kuil tersebut mengikut Seksyen 147 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Manimaran juga didakwa bersama mereka yang telah dituduh, dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Sulaiman Abdullah, 32, mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mohammad Shahril, Mohammad Saifullah, Muhammad Hasneezam, Akmal Izzat dan Mohd Norul Ismawi didakwa bersama-sama 13 yang dituduh serta beberapa yang masih bebas atas pertuduhan berada dalam rusuhan dan semasa rusuhan itu, kesemuanya memiliki parang, kapak, pisau dan kayu yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di kuil tersebut antara pukul 2 pagi dan 1.30 tengah hari, 26 Nov lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah manakala kesemua tertuduh diwakili peguam John Das, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, R. Sritheran dan Mohd Hezri Shaharil.

Mahkamah membenarkan Manimaran diikat jamin RM18,000 manakala Mohammad Shahril Danniel diikat jamin RM5,000 dan empat yang lain diikat jamin masing-masing RM6,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis berhampiran dua kali sebulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 17 Jan untuk sebutan semula kes.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 57 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 1 hr 40 mins ago