Translate

07 April 2018

Seorang suri rumah dihukum penjara lapan bulan atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong,


Suri rumah dipenjara 8 bulan hina Agong
Mar 25, 2018 | 04:45 PM

Shamsiah Samsuddin dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, April tahun lalu. FOTO NSTP


KOTA BHARU (Kelantan): Seorang suri rumah dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 25 Mac atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, April tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Shamsiah Samsuddin, 44 tahun, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.


Mengikut pertuduhan, suri rumah itu didakwa melalui Facebook Tengku Cik Puan Muda Shamsiah menghantar komunikasi palsu dengan niat menyakitkan hati orang lain, pada 5.31 petang 25 April 2017.

Kenyataan itu didakwa dibaca pada 26 April 2017 di Pejabat Sentosa Jaya, Jalan Padang Bongor, Pengkalan Chepa di sini.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanyanya.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan anaknya masih bersekolah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar Falenna meminta hukuman setimpal dikenakan memandangkan orang dinyatakan dalam Facebook terbabit ialah Yang di-Pertuan Agong. – BH Online.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED