Translate

24 April 2018

Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka Bagi GE14




Tan Sri Mohd Ali Rustam dicalon semula untuk Parlimen Hang Tuah Jaya yang pada PRU lepas beliau tewas dengan majoriti 5,447 undi di kawasan itu.



Isnin, 23 April 2018 | 5:41pm



Antara calon Barisan Nasional yang bakal mengisi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 6 kerusi Parlimen yang dipertandingkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14

BERITA HARIAN ONLINE


AYER KEROH: Barisan Nasional (BN) Melaka mempertaruhkan 10 calon muka baharu, termasuk dua di kerusi Parlimen dan lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



Semua muka baharu itu memiliki latar belakang akademik yang tinggi dan profesional dengan calon paling muda berusia 31 tahun.




Pengumuman pemilihan 34 calon BN Melaka, termasuk 28 DUN itu dilakukan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Idris Haron, di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, di sini, tepat jam 11 pagi tadi.



Beliau juga mengumumkan kekal bertanding di DUN Sungai Udang, sekali gus menjawab spekulasi kedudukannya sebagai Ketua Menteri dan dijangka kekal memimpin kerajaan Melaka bagi penggal kedua. Melaka mempunyai enam kerusi Parlimen dan 28 kerusi DUN.



Idris berkata, semua calon BN Melaka kali ini merangkumi pelbagai latar belakang dan yang terbaik.



Antara muka baharu calon Barisan Nasional yang bakal mengisi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 6 kerusi Parlimen yang dipertandingkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada majlis pengumuman calon BN negeri Melaka di Dewan Seri Bendahara, Ayer Keroh. - Foto Rasul Azli Samad





Katanya, mereka yang dicalon, termasuk pengerusi parti komponen negeri, Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita, Pemuda dan kalangan profesional.



"Semua yang dipilih ini adalah calon berwibawa dan mampu menjadi wakil rakyat terbaik di kawasan masing-masing. Kita harap rakyat, khususnya pengundi di Melaka akan memberi sokongan kepada semua calon BN ini," katanya.

Antara calon muka baharu BN dari UMNO ialah Ketua Pemuda Melaka, Datuk Zali Mat Yasin di Parlimen Tangga Batu; Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Nor Azman Hassan (DUN Pantai Kundor); Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Yunus Hitam (DUN Bukit Katil); Ketua Pemuda Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (DUN Telok Mas) dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, Rahmad Mariman.



Muka baharu MIC pula adalah Setiausaha MIC Melaka, Datuk P Panirchelvam (DUN Gadek).



Dari MCA pula, Melvin Chua Kew Wei (DUN Kota Laksamana); Lee Chong Leng (DUN Banda Hilir); Datuk Koh Chin Han (DUN Bemban) dan Choo Wei Sern (Parlimen Kota Melaka).



Penyandang kerusi DUN Bemban, Datuk Ng Choon Koon pula ditukarkan ke DUN Kesidang.



Turut bertukar kerusi, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, yang juga penyandang kerusi Parlimen Tangga Batu ke DUN Paya Rumput, manakala penyandang kerusi Parlimen Alor Gajah, Datuk Wira Koh Nai Kwong ke DUN Machap Jaya.



Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang Ketua Puteri UMNO, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua UMNO Bahagian Jasin, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Seri Ahmad Hamzah, masing-masing kekal mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah dan Jasin.



Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam, membuat 'come back' di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya, selain bekas Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee (Parlimen Alor Gajah); bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Chua Kheng Hwa (DUN Ayer Keroh); Pengerusi GERAKAN Melaka, Datuk Chua Lian Chye (DUN Pengkalan Batu) dan Lee Kiat Lee (DUN Duyong).



Calon yang dikekalkan pula adalah Datuk Lim Ban Hong (DUN Kelebang); Datuk Wira Ismail Othman (DUN Kuala Linggi); Datuk Md Rawi Mahmud (DUN Tanjung Bidara); Datuk Amirudin Yusop (DUN Ayer Limau); Datuk Sulaiman Md Ali (DUN Lendu) dan Datuk Latipah Omar (DUN Taboh Naning).



Selain itu, Datuk Wira Norpipah Abdol (DUN Rembia); Datuk Wira Ab Wahab Ab Latip (DUN Durian Tunggal); Datuk Seri Abdul Ghafar Atan (DUN Asahan); Datuk Wira Ghazale Muhamad (DUN Rim); Datuk Zaidi Attan (DUN Serkam); Datuk Roslan Ahmad (DUN Merlimau) dan Datuk Hasan Abd Rahman (DUN Sungai Rambai).



Enam penyandang kerusi yang juga EXCO kerajaan negeri yang digugurkan ialah Datuk MS Mahadevan (DUN Gadek); Datuk Seri Md Yunos Husin (DUN Ayer Molek); Datuk Lai Meng Chong (DUN Machap); Datuk Wira Ab Rahaman Ab Karim (DUN Pantai Kundor); Datuk Seri Latiff Tamby Chik (DUN Telok Mas) dan

Datuk Sazali Muhd Din (DUN Paya Rumput).



Berikut senarai calon BN bagi 34 kerusi di Melaka



Parlimen

P134 - Parlimen Masjid Tanah - Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

P135 - Alor Gajah - Wong Nai Chee (come back)

P136 - Tangga Batu - Datuk Zali Mat Yasin (muka baharu)

P137 - Hang Tuah Jaya - Tan Sri Mohd Ali Rustam (come back)

P138 - Kota Melaka - Choo Wei Sern (muka baharu)

P139 - Jasin - Datuk Seri Ahmad Hamzah



DUN

N01 - Kuala Linggi - Datuk Wira Ismail Othman

N02 - Tanjung Bidara - Datuk Md Rawi Mahmud

N03 - Ayer Limau - Datuk Amirudin Yusop

N04 - Lendu - Datuk Sulaiman Md Ali

N05 - Taboh Naning - Datuk Latipah Omar

N06 - Rembia - Datuk Wira Norpipah Abdol

N07 - Gadek - Datuk P Panirchelvam (muka baru)

N08 - Machap Jaya - Datuk Wira Koh Nai Kwong

N09 - Durian Tunggal - Datuk Wira Ab Wahab Ab Latip

N10 - Asahan - Datuk Seri Abdul Ghafar Atan

N11 - Sungai Udang - Datuk Seri Idris Haron

N12 - Pantai Kundor - Datuk Nor Azman Hassan (muka baru)

N13 - Paya Rumput - Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah

N14 - Kelebang - Datuk Lim Ban Hong

N15 - Pengkalan Batu - Datuk Chua Lian Chye (come back)

N16 - Ayer Keroh - Datuk Chua Kheng Hwa (come back)

N17 - Bukit Katil - Datuk Yunus Hitam (muka baru)

N18 - Ayer Molek - Rahmad Mariman (muka baru)

N19 - Kesidang - Datuk Ng Choon Koon

N20 - Kota Laksamana - Melvin Chua Kew Wei (muka baru)

N21 - Duyong - Lee Kiat Lee (come back)

N22 - Bandar Hilir - Lee Chong Leng (muka baru)

N23 - Telok Mas - Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (muka baru)

N24 - Bemban - Datuk Koh Chin Han (muka baru)

N25 - Rim - Datuk Wira Ghazale Muhamad

N26 - Serkam - Datuk Zaidi Attan

N27 - Merlimau - Datuk Roslan Ahmad

N28 - Sungai Rambai - Datuk Hasan Abd Rahman



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED