image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/04/26/12/29/fendy%203.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
KEADAAN kesihatan pelakon utama drama popular Mr Grey iaitu Fendy Bakry yang didakwa mengalami penyakit misteri kini berada dalam keadaan semakin merosot.
Kakak pelakon itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fahaniza berkata, keadaan Fendy semakin lemah termasuk pergerakannya terbatas manakala pertuturannya semakin tidak jelas.
"Maaf... Fendy tidak boleh menjawab panggilan ketika ini kerana dia sukar bercakap.
"Keadaannya juga lemah selain pergerakannya terbatas sampai hendak pegang telefon pun tidak boleh," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/26/fendy-bakry-sakit/~/media/fa77f56031ea465bbe962579ff97026e.ashx?la=en
Keadaan Fendy kini lemah.
Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan badan lemah ketika menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station yang sedang disiarkan di Astro Ria.
Dalam pada itu, Fahaniza berkata, Fendy, 30, kini berada di kampung halamannya di Perlis untuk mendapatkan rawatan secara perubatan Islam bagi mencari punca sebenar penyakit adiknya itu.
Katanya lagi, sebelum ini Fendy sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama.
"Setakat ini kami (keluarga) sudah membawanya menjalani beberapa pakar rawatan perubatan Islam namun keadaannya masih sama.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/26/fendy-bakry-sakit/~/media/8c38b29d7c3b4a6485baf312a105d840.ashx?la=en
Fendy bergandingan dengan Eyra Hazali dalam Mr Grey.
"Insya-Allah kami akan terus berusaha dan saya bagi pihak keluarga juga berterima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu mendoakan kesihatan Fendy," jelasnya.
Sementara itu, produser Global Station Sdn Bhd yang merupakan penerbit drama bersiri itu, Datin Zaiton Mohamad Jiwa memberitahu Fendy pernah dimasukkan ke hospital ketika penggambaran drama berkenaan hampir selesai iaitu sekitar tiga minggu lalu.
Kata Zaiton, pihaknya juga terkejut dengan keadaan kesihatan pelakon tersebut namun memuji sikapnya yang tetap kuat bagi menghabiskan baki penggambaran.
"Saya sendiri terkejut dengan keadaan kesihatannya yang agak teruk dan kami terpaksa menangguhkan penggambaran selama seminggu kerana Fendy dimasukkan ke hospital.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/26/fendy-bakry-sakit/~/media/ace05da8726542058b73ae9636ae6981.ashx?la=en
Fendy Bakry.
"Namun saya puji dia kerana tetap menggagahkan diri bagi menyelesaikan penggambaran walaupun keadaannya belum benar-benar pulih.
"Besar harapan saya agar keadaannya kembali pulih kerana dia mempunyai bakat besar dan boleh pergi jauh sebagai pelakon," katanya yang bercadang untuk menziarah pelakon itu di Perlis.
Mr Grey turut menampilkan Eyra Hazali dan drama bersiri itu dijangka berakhir pada 10 Mei ini.
Ia disiarkan pada setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 10 malam di Astro Ria.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/26/fendy-bakry-sakit/#2izi3VkBbbTkb3VW.99