Translate

24 April 2018

Penyanyi Elizabeth Tan atau Lizzy mengaku terkejut selepas mengetahui fotonya bersama Zul Ariffin dimuat naik oleh aktres kontroversi Fathia Latiff

"Tidak Semena-mena Fathia Muat Naik Gambar Saya Dan Zul - Lizzy

..
Penyanyi Elizabeth Tan atau Lizzy mengaku terkejut selepas mengetahui fotonya bersama Zul Ariffin dimuat naik oleh aktres kontroversi Fathia Latiff di akaun sosial Instagram, semalam.
Tambah membuatkan pelatun lagu Setia ini berasa lucu, perkongsian foto tersebut turut disertakan dengan kapsyen mendoakan yang terbaik buat dia dan Zul sedangkan mereka sebenarnya menjalani penggambaran bersama-sama.
"Saya dimaklumkan pengurus mengenai perkara itu. Lucu ada... Terkejut pun ada. Ini kerana tidak semena-mena Fathia memuat naik gambar saya dan Zul sedangkan kami sedang berlakon bersama.
"Saya tidak pernah berjumpa Fathia, apatah lagi berkawan dengannya," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.
Kira-kira tiga hari lalu, Elizabeth memuat naik foto memaparkan dirinya bersama Zul dipercayai dirakam di lokasi penggambaran filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof di Bukit Fraser, Selangor.
Sebelum ini, Zul menjadi bualan peminat selepas mengumumkan putus cinta dengan pelakon, Zahirah Macwilson.
Dalam pada itu Lizzy berharap perkongsian Fathia itu tidak menimbulkan salah faham peminat atau individu yang rapat dengan aktor berkenaan.
"Biarpun tidak mengenali Fathia secara rapat, saya mendoakan yang terbaik buat dirinya," katanya.
Fathia bagaimanapun sudah menarik balik perkongsian tersebut daripada Instagramnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 4 hrs 56 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 5 hrs 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 6 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 7 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 7 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 7 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan diperin' 7 hrs 57 mins ago