Translate

28 April 2018

Bekas ratu cantik Miss Malaysia India yang juga pelakon filem Tamil menerima kecaman kerana mengajak masyarakat India sokong BN


Mourhrna menunjukkan salinan laporan polis mengenai kecaman yang diterimanya pada sidang media di sini, tadi.

SINAR HARIAN

SEREMBAN – Hanya kerana memberi komen positif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengajak masyarakat India menyokong BN, bekas ratu cantik yang juga pelakon filem Tamil menerima kecaman.

Malah, Mourhrna Anetha Reddy, 33, yang merupakan Miss Malaysia Indian Global 2006 dan Miss Malaysia India Worldwide 2011, turut diugut dicederakan.


Susulan insiden tersebut beberapa rakannya meminta supaya dia berhati-hati kerana mendapat tahu ramai orang mencarinya.

Semuanya bermula selepas video pandangannya terhadap kerajaan BN dimuat naik di laman sosial Facebook sebelum disebarkan sehingga tular sejak Isnin lalu.

Menceritakan perkara itu, Mourhrna Anetha Reddy berkata, ketika menghadiri ceramah anjuran MCA di Bilik Gerakan Dun Temiang, 19 April lalu, dia telah ditemu bual oleh kumpulan pengendali sebuah laman Facebook.

“Saya diminta memberi komen mengenai program itu dan saya beritahu ‘Perdana Menteri sudah buat banyak benda untuk kaum India, jadi jom sokong BN’.

“Saya betul-betul tak sangka disebabkan kenyataan itu, ramai yang kecam saya di Facebook dan di aplikasi kumpulan WhatsApp.

"Saya pun hanya mengetahuinya selepas diberitahu oleh kawan beberapa hari kemudian dan segera minta pihak terbabit memadam video itu, tapi malangnya ia telah disebarkan,” katanya pada sidang media diadakan di sini, hari ini.

Menurutnya, dia kesal kerana kenyataanya itu telah dijadikan isu oleh segelintir masyarakat India sedangkan dia hanya memberikan pandangan sebagai seorang rakyat di negara ini.

Kata Mourhrna, dia mempunyai hak untuk memberi apa saja pandangan dan ia bukanlah satu kesalahan.

“Rasanya tak salah jika kita ambil pendirian untuk sokong mana-mana parti pun, itu hak setiap individu.

“Ada seorang lelaki yang memuat naik videonya memberi amaran kepada saya katanya ‘jika saya sokong BN, tak tahu apa yang berlaku kepada saya’.

"Sekarang ini masih belum terlambat untuk masuk Pakatan Harapan dan jangan hilang peluang itu dan bertaubat’...apa semua ini?, saya tak faham,” soalnya.

Bimbang dengan keselamatannya, Mourhrna telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, semalam.

“Kita tak perlu sikap macam ini, malah perlu menghormati pandangan orang lain, lebih-lebih lagi berkaitan hal politik. Jika seseorang mahu menyokong parti yang disukainya, orang lain tiada hak untuk menghalang,” katanya.

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=3850668389022663206#editor/target=post;postID=4358083186674533442

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 27 mins ago
A visitor from Reading viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 6 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 7 hrs 21 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 7 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 7 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 7 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 7 hrs 48 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 7 hrs 52 mins ago